Masjid As-Salam | |
---|---|
Maklumat am | |
Cabang/mazhab | Sunni Islam |
Status | Beroperasi |
Maklumat pentadbiran | |
Imam | Noor Hamizi Bin Kofli 2017 (Imam Besar) Abdul Halim Bin Hamat 2017 (Timb. Imam Besar) Muhamad Firdaus Bin Haji Zulkipli 2017 |
Dimiliki oleh | No Daftar: MY-10-HSR-00098 |
Maklumat geografi | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Selangor |
Lokasi | Masjid As-Salam, Bukit Sentosa 44800 Bukit Beruntung Rawang Selangor |
Maklumat pembinaan | |
Bil. kubah | 1 |
Bil. menara | 1 |
Bahan binaan | Simen |
Laman sesawang | |
Masjid As-Salam | |
sunting |
Masjid As-Salam merupakan sebuah masjid yang terletak di Bukit Sentosa, 44800 Bukit Beruntung, Rawang, Selangor.[1]
Alamat
- Masjid As-Salam,
Bukit Sentosa
44800 Bukit Beruntung
Rawang
Selangor
Sejarah
Pada 9 Julai 2011, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah merasmikan masjid ini .Turut serta ialah Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah. Hadir sama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohammed Khusrin bin Haji Munawi dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Marzuki Hussin.
Baginda menyeru orang Melayu di Selangor supaya bersatu padu dan jangan berbalah di antara satu sama lain hanya disebabkan perbezaan ideologi politik.Jangan guna masjid dan surau sebagai tempat tidur atau berkumpul bagi mereka yang datang dari negeri lain untuk menyertai demonstrasi jalanan atau sebarang perhimpunan yang diharamkan oleh pihak berkuasa serta melanggar undang-undang.[2]
Pentadbiran
Masjid As-Salam memiliki nombor pendaftaran masjid No Daftar: MY-10-HSR-00098.
Rujukan
- ^ Masjid As-Salam[pautan mati kekal]
- ^ "Sultan Selangor sifat perhimpunan haram bawa kerugian, bebankan rakyat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-14. Dicapai pada 2011-08-11.