Masjid As-Sabaq (Arab: المسجد سبأ ) ialah sebuha masjid di madianah. Masjid ini telah dibangunkan pada abad ke-9 Hijrah, di sebuah tempat yang digunakan untuk tujuan perlumbaan kuda ketika era pemerintahan Rasulullah SAW (Nabi Muhammad). Namun demikian, tujuan perlumbaan pacuan kuda yang diadakan bukanlah untuk tujuan perjudian seperti yang dijalankan pada zaman jahiliah sebelumnya tetapi tujuan pembinaan lapangan dan aktiviti perlumbaan kuda adalah untuk digunakan sebagai pusat persiapan dan latihan bagi para mujahidin yang akan menunggang kuda ketika sesi berjihad dan sewaktu berperang dengan golongan kafir musyrikin. Tsaniyyat Al-Wada Al-Syamiyyah yang berdampingan dengan masjid ini adalah di antara tahap pacuan kuda. Tahap pertama adalah jarak pendek, dari Tsaniyyah sehingga tempat Bani Zuraiq. Sedangkan tahap kedua adalah jarak jauh iaitu dari Tsaniyyah sehingga Al-Hufya.
Masjid As-Sabaq ini terletak di sebelah barat laut Masjid Nabawi lebih kurang 520 m jaraknya. Raja Faisal ibn Abd Aziz adalah pemerintah yang memperbaharui bangunan masjid ini. Ketika zaman pemerintahan Raja Fahd pula, baginda telah melakukan lawatan ke kota Madinah sekaligus mengarahkan renovasi ulangan perlu dilakukan ke atas binaan Masjid As-Sabaq.
Rujukan
- Buku Sejarah Madinah Munawwarah Bergambar Karya Dr. Muhammad Ilyas Abdul Ghani. Edisi Pertama 1426 Hijrah bersamaan 2005 Masihi. m/s 81. ISBN 9960-49-447-0