Masjid Amr ibn al-As (Arab: جامع عمرو بن العاص ), juga dikenali sebagai Masjid Amr, mula dibina pada tahun 641–642 M, sebagai pusat kepada ibu negara Mesir yang baharu iaitu Fustat. Struktur asalnya menjadi masjid yang pertama di bina di Mesir dan seluruh Afrika.[1] Lokasi masjid tersebut merupakan tempat berdirina khemas panglima tentera penakluk Amr ibn al-As. Satu sudut masjidnya pula terdapat makam anaknya, Abdullah ibn 'Amr ibn al-'As. Disebabkan pembinaan semula yang sering berlaku, tiada lagi kesan struktur yang asal, tetapi Masjid yang dibina semula itu menjadi satu mercu tanda dan dapat dilihat kini sebagai "Kaherah Lama". Masjid ini ialah masjid yang aktif dengan kunjungan ramai jemaah setiap hari, dan selain waktu solat, masjid ini dibuka untuk pelancong dan penziarah.[2]
Nota
Rujukan
- Behrens-Abouseif. Doris. 1989. Islamic Architecture in Cairo. Leiden: E. J. Brill.
- Creswell, K.A.C. 1940. Early Muslim Architecture, vol. II. Oxford University Press. Reprinted by Hacker Art Books, New York, 1979.
- Eyewitness Travel: Egypt. Dorlin Kindersley Limited, London. 2001. ISBN 978-0-7566-2875-8.
Pautan Luar
- http://archnet.org/library/sites/one-site.tcl?site_id=2056
- http://www.ask-aladdin.com/amromosque.html
- http://www.islamicarchitecture.org/architecture/amrbinalas.html
- http://archnet.org/library/dictionary/entry.tcl?entry_id=DIA0018&mode=full
Koordinat: 30°0′36.50″N 31°13′59.38″E / 30.0101389°N 31.2331611°E