Masjid Al-Azim | |
---|---|
Maklumat pentadbiran | |
Imam | 2013 (Imam Besar) 2013 (Timb. Imam Besar) 2013 |
Dimiliki oleh | No Daftar: MY-04-MT-00001 [1] |
Maklumat geografi | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Melaka |
Daerah | Melaka Tengah |
Lokasi | Masjid Al-Azim, Kompleks Al-Azim Fasa II, Bukit Palah, 75150 Melaka. |
Koordinat | 2°12′56″N 102°15′44″E / 2.215478°N 102.262291°EKoordinat: 2°12′56″N 102°15′44″E / 2.215478°N 102.262291°E |
sunting |
Masjid Al-Azim merupakan sebuah masjid yang terletak kira-kira tiga kilometer dari bandar Melaka dalam daerah Melaka Tengah, Melaka. Masjid ini mampu menampung jemaah seramai 10,400 orang. Tingkat atas dikhaskan untuk wanita seramai 700 orang manakala tingkat bawah boleh menampung seramai 9,700 orang jemaah lelaki. Masjid ini luas dan selesa kerana tidak diganggu oleh tiang-tiang kecil.
Masjid Al-Azim mula dibina pada 14 Mac 1984 dan siap sepenuhnya pada 12 Januari 1990. Projek pembinaannya yang menelan belanja sebanyak RM19.5 juta itu telah dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Sultan Azlan Shah pada 13 Julai 1990 bersamaan 20 Zulhijjah 1410 H.
Reka bentuk
Gaya seni bina Masjid Al-Azim ini disediakan oleh sebuah Jawatankuasa Rekabentuk yang mengambil kira aspek keunikan seni bina tradisi Melayu dan seni ukir Islam. Sesuai dengan keunikannya itu, ia dapat dilihat dari dua sudut luaran dan dalaman.
Masjid ini berbentuk segi empat yang disesuaikan dengan bumbung tiga tingkat yang juga sama bentuknya. Ilham ini berdasarkan bentuk masjid pertama yang dibina oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan selaras dengan hakikat Islam itu sendiri yang terdiri daripada empat unsur utama, iaitu:
- tapaknya melambangkan syariat (Perundangan Islam);
- tingkat pertama melambangkan tariqat (jalan mendekati Allah);
- tingkat kedua melambangkan haqiqat (mencari kebenaran Allah); dan
- tingkat ketiga melambangkan makrifat (mengenal Allah).
Puncaknya yang berukir-ukir digantikan dengan dom.
Beberapa potong ayat al-Quran telah dipilih dan diukir dengan tulisan khat. Pemilihan ayat tersebut pula disesuaikan dengan konsep dan falsafah pembinaan masjid ini.
Setiap hujung tulang bumbung masjid ini terdapat sulurbayung yang melambangkan satu ciri keistimewaan terhadap keindahan senibina Melayu. Ilham terciptanya sulur bayung ini diambil daripada sejenis tumbuhan liar di tepi sungai. Ia menggambarkan genggaman tangan semasa bertahiyat.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Masjid Al-Azim, Bukit Palah. |
- MASJID AL-AZIM MASJID NEGERI MELAKA Diarkibkan 2015-04-19 di Wayback Machine
- Facebook Masjid Al-Azim Masjid Negeri Melaka
- (Inggeris) MASJID AL-AZIM (STATE MOSQUE), Gambar panorama Diarkibkan 2015-04-19 di Wayback Machine