Sebahagian dari siri-siri berkenaan |
Sejarah Algeria |
---|
Portal Algeria |
Masinissa, atau Masensen, (Berber: Masnsen, ⵎⵙⵏⵙⵏ; sekitar238 SM[1] – sekitar 148 SM) — juga dieja Massinissa dan Massena — adalah Raja Numidia pertama. Semasa muda, beliau terlibat dalam Perang Punic Kedua (218-201 SM), pertama kali menentang Rom sebagai sekutu Carthage dan kemudian menukar sokongan. Dengan sokongan Rom, beliau menyatukan puak-puak timur dan barat Numidia dan mengasaskan Kerajaan Beraja Numidia. Beliau terkenal dalam peranan beliau sebagai sekutu Rom dalam Pertempuran Zama dan suami kepada Sophonisba, seorang bangsawan Carthage yang beliau benarkan untuk meracuni diri sendiri bagi mengelakkan diarak dalam sebuah kemenangan di Rome.
Nama beliau telah dijumpai di makam beliau di Cirta, kini terletak di Constantine di Algeria di bawah bentuk MSNSN (yang dibaca sebagai Mas'n'sen yang bermaksud "Tuan Mereka").
Masinissa dianggap sebagai seorang ikon dan leluhur penting dalam orang Barbar moden.
Kisah Masinissa diceritakan oleh Livius dalam Ab Urbe Condita (ditulis sekitar 27–25 SM). Beliau juga muncul dalam Mimpi Scipio oleh Cicero.
Lihat juga
Rujukan
- ^ Fage, J. D. (1979-02-01). The Cambridge History of Africa (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press. m/s. 180. ISBN 9780521215923.
- Livius, terjemahan b. Inggeris oleh Aubrey de Sélincourt (1965). The War With Hannibal. New York: Penguin Classics. ISBN 0-14-044145-X