


Masakan Maldives tradisional adalah berdasarkan kepada tiga perkara utama dan terbitannya: kelapa, ikan dan kanji.
Kelapa
Kelapa digunakan dalam bentuk parut, diperah untuk mendapatkan santan, atau minyak kelapa dalam hidangan bergoreng. Hunigondi adalah alat tradisional Maldives yang digunakan untuk mengukur kelapa. Ia adalah kerusi panjang rendah dengan bilah keluli bergerigi di hujung. Kelapa parut digunakan dalam masakan seperti mas huni.[1]
Kelapa parut secara alternatif boleh direndam dalam air dan diperah untuk mendapatkan santan (kaashi kiru). Santan merupakan faktor penting dalam banyak kari dan hidangan Maldives lain.[2]
Ikan
Ikan kegemaran ialah aya jepun, sama ada kering atau segar. Spesies ikan lain yang serupa sebagai sebahagian daripada diet purata orang Maldives adalah aya kecil (latti), aya sirip kuning (kanneli), aya selasih (raagondi), selar (mushimas), wahu (kurumas), lemadang (fiyala) dan selayang (rimmas). Ia boleh dimakan selepas dimasak atau diproses.
Aya proses (ikan Maldives) dipakai dalam bentuk ketulan atau tatal. Untuk membuat kari, aya mentah atau proses yang masih lembut dipotong menjadi ketulan 1⁄2-inci tebal (13 mm). Aya proses kering banyak digunakan untuk membuat jajan dipanggil gulha, masroshi, kulhi bōkiba, kavaabu, bajiya (samosa India versi tempatan), dan fatafolhi. Tidak seperti penduduk pulau Pasifik, Maldives tidak mempunyai tradisi makan ikan mentah.[1]
Pes pekat berwarna perang berasaskan aya dikenali sebagai rihaakuru juga merupakan barangan perlu dalam masakan Maldives.[3]
Barangan berkanji
Kanji seperti beras, yang ditanak atau dikisar menjadi tepung, atau ubi seperti talas (ala), keledek (kattala) dan ubi kayu (dandialuvi), dan juga buah-buahan seperti sukun (bambukeyo) atau pandan (kashikeyo). Ubi dan sukun dimakan masak. Buah pandan kebanyakannya dimakan mentah setelah dihiris nipis.[1]
Kari
Kari yang paling penting dalam masakan Maldives dimasak dengan aya segar dipotong dadu dan dikenali sebagai mas riha. Kukulhu riha (kari ayam) dimasak dengan campuran rempah berbeza.
Kari sayuran di Maldives termasuk yang menggunakan bashi (terung), tora (petola), barabō (labu manis), chichanda (petola ular) dan muranga (remunggai), dan juga pisang putik muda dan daun tertentu sebagai bahan utama mereka. Ketul ikan Maldive biasanya ditambah untuk memberikan sayur kari rasa tertentu. Kari biasanya dimakan dengan nasi kukus atau roshi.[1]
Lihat juga
Bibliografi
- Xavier Romero-Frias, Eating on the Islands, Himal Southasian, Vol. 26 no. 2, pages 69–91 ISSN 10129804
Rujukan
- ^ a b c d Xavier Romero-Frias, The Maldive Islanders, A Study of the Popular Culture of an Ancient Ocean Kingdom, Barcelona 1999, ISBN 84-7254-801-5
- ^ Use of Coconut in Maldivian cooking
- ^ "MIFCO; Rihaakuru". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-04. Dicapai pada 2015-09-17.








