"Masaka no Confession" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh AKB48 | ||||
Sisi B | "Sakura no Hanabiratachi 2025 Yuirii Harewataru Skipping stone Time Machine Fuyōrun" | |||
Dilancarkan | 2 April 2025 | |||
Format | Single | |||
Genre | J-pop | |||
Syarikat | EMI Records | |||
Penggubah | Masahiro Mizoguchi | |||
Penulis seni kata | Yasushi Akimoto | |||
Penerbit | Yasushi Akimoto | |||
Kronologi single AKB48 | ||||
| ||||
"Masaka no Confession" di YouTube | ||||
sunting · sunting di Wikidata![]() |
"Masaka no Confession" (まさかのConfession) ialah single utama ke-65 oleh kumpulan gadis idola Jepun, AKB48, diterbitkan di bawah syarikat rakaman EMI Music yang bernaung di bawah Universal Music Japan. Lirik ditulis oleh Yasushi Akimoto, manakala muzik digubah oleh Masahiro Mizoguchi. Lagu ini dikeluarkan pada 2 April 2025 dan merupakan rilis pertama sempena ulang tahun ke-20 kumpulan tersebut. Azuki Yagi memegang posisi tengah (center) untuk lagu ini [1][2].
Latar belakang dan pengeluaran
Single ini merupakan keluaran pertama AKB48 dalam tempoh kira-kira 9 bulan sejak single sebelumnya, Koi Tsunjatta.
Single ini mengeluarkan dalam lima versi: Edisi Terhad Type-A, Type-B, Type-C, Edisi Biasa, dan Edisi Kedai Rasmi[3].
Pada 6 Januari 2025, dalam persembahan teater "Koko Kara Da" di AKB48 Theater, diumumkan bahawa seramai 16 anggota senbatsu dan seorang dari pelatih (kenkyuusei) dari generasi ke-18 bernama Azuki Yagi telah dilantik sebagai center (tengah utama).[4] Ini merupakan kali pertama dalam sejarah AKB48 seorang pelatih menjadi center untuk lagu utama single.
Jumlah anggota senbatsu kembali kepada 16 orang seperti dalam single ke-63 Karakon Wink (setelah dua single berselang dalam tempoh 1 tahun 1 bulan).[4] Tiga ahli baharu yang pertama kali terpilih ialah Hiyuka Sakagawa, serta pelatih generasi ke-19 iaitu Momoka Ito dan Mei Hanada. Yuki Hirata pula kembali sebagai senbatsu setelah kali terakhir terlibat dalam single Karakon Wink.
Enam anggota daripada senbatsu sebelumnya tidak terpilih kali ini: Miu Shitao, Manaka Taguchi, Tokunaga Serika, Remi Tokunaga, Ayami Nagatomo dan Mayu Masai.
Tarian untuk lagu ini dikoreografi oleh Atsushi Matsuoka/Acchan [5]. Bahagian korus menampilkan gerakan yang diinspirasikan oleh "dipilih dan dicabut dari kalangan pelbagai jenis sayur", dan Yagi menamakannya sebagai "pose mencabut sayur".
Pada 8 Mac 2025, video muzik rasmi telah diterbitkan melalui saluran YouTube AKB48, diikuti dengan persembahan pertama oleh 16 anggota senbatsu secara langsung dari AKB48 Theater melalui siaran langsung YouTube.
Lagu coupling (tambahan) yang sama bagi semua versi ialah "Sakura no Hanabiratachi 2025", dinyanyikan oleh kesemua anggota AKB48. Sementara itu, lagu "Yuirii" dalam Type-A merupakan lagu graduasi untuk Yuiri Murayama.
Anggota terlibat
Senarai anggota yang terlibat dalam lagu single Masaka no Confession adalah seperti berikut:
- Anggota tetap : Maho Omori, Yui Oguri, Narumi Kuranoo Narumi, Hiyuka Sakagawa, Airi Sato, Eri Chiba, Yuki Hirata, Miyu Mizushima, Mion Mukaichi, Yuiri Murayama, Mizuki Yamauchi, Sora Yamazaki
- Anggota pelatih (Kenkyuusei): Yuna Akiyama, Momoka Ito, Mei Hanada, Azuki Yagi (center)
Rujukan
- ^ "AKB48、20年目で初"研究生センター"誕生 次世代エース候補・八木愛月って?抜群スタイルで注目度上昇【プロフィール】("AKB48, buat pertama kali dalam tahun ke-20 melahirkan 'Center daripada kalangan pelatih (kenkyuusei)'. Siapakah Azuki Yagi, calon ace generasi akan datang yang semakin mendapat perhatian dengan gaya tubuh yang menyerlah? [Profil])". Model Press (dalam bahasa Jepun). Model Press. 7 Januari 2025. Dicapai pada 5 April 2025.
- ^ "AKB48 65th Single "Masaka no Confession" Details". Tonboriday (dalam bahasa Inggeris). Tonboriday. 9 Februari 2025. Dicapai pada 10 Februari 2025.
- ^ "AKB48 65thSG『まさかのConfession』ジャケット写真&収録内容一挙公開!初回限定盤 発売記念イベントも開催決定!" (dalam bahasa Jepun). Universal Music. 14 Februari 2025. Dicapai pada 5 April 2025.
- ^ a b "八木愛月がAKB48史上初の研究生センターに「25年はAKBの年に」最新シングル4・2発売". nikkansports.com (dalam bahasa Jepun). Nikkan Sport News. 6 Januari 2025. Dicapai pada 6 April 2025.
- ^ "AKB48、65thシングル「まさかのConfession」MV公開 八木愛月が"グループ史上初"の研究生センター". ORICON NEWS (dalam bahasa Jepun). oricon ME. 8 Mac 2025. Dicapai pada 6 April 2025.
Pautan luar
- Universal Music Japan
- Kedai rasmi AKB48