| Martabat: Misi Berdarah | |
|---|---|
| Pengarah | Adrian Teh Zahiril Adzim |
| Penulis | Zahiril Adzim Adrian Teh Aloy Paradoks Rayza Mukmin Taqim Zaki |
| Dihasilkan oleh | Adrian Teh (penerbit & penerbit eksekutif) Tee Yee Peng (eksekutif) Tung Yow Kong (eksekutif) Raja Jastina Raja Arshad (eksekutif) |
| Dibintangi | Fad Bocey Zahiril Adzim Shiqin Kamal Nafiez Zaidi Elvina Chua |
| Sinematografi | Danny Voon |
| Disunting oleh | Lee Pai Seang |
| Muzik oleh | Jackey Yow |
Syarikat penerbitan | |
| Diedarkan oleh | GSC Movies |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 120 minit |
| Negara | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Pecah panggung | RM 1.2 juta |
Martabat: Misi Berdarah merupakan sebuah filem aksi komedi gelap Malaysia arahan bersama Adrian Teh dan Zahiril Adzim. Dibintangi oleh Fad Bocey, Zahiril Adzim, Shiqin Kamal, Nafiez Zaidi dan Elvina Chua, filem ini akan ditayangkan pada 12 Jun 2025.
Sinopsis
Sekumpulan pelakon tambahan yang sanggup buat apa saja demi jadi terkenal atau sekurang-kurangnya, dapat watak lebih besar di Malaysia!
Pelakon
Pelakon utama
- Fad Bocey sebagai Iedil
- Zahiril Adzim sebagai Nafiez
- Shiqin Kamal sebagai Azza
- Nafiez Zaidi sebagai Fad
- Elvina Chua sebagai Emma
Pelakon pembantu
- Amerul Affendi sebagai Bro Safwan
- Michael Ang sebagai Pengarah Fabian
- Anas Ridzuan sebagai Tony
- Iedil Dzuhrie Alaudin sebagai Dato' Amerul
- Emma Maembong sebagai Elvina
- Nelissa Nizam sebagai Shiqin
- Theebaan G sebagai Mak Henley
- Dafi sebagai Dafi
- Tony Eusoff sebagai Brader Namron
- Fabian Loo sebagai Theebaan
- Safwan Nazri sebagai Bob
- Namron sebagai Pak Anas
- Henley Hii sebagai Michael
- Han Zalini sebagai Che Ma
- Thian Siew Kim sebagai Che Yam
Penampilan khas
- Azhan Rani sebagai Beto
- Beto Kusyairy sebagai Azhan
- Sharif Zero sebagai Sharif
- Soffi Jikan sebagai Soffi
- Fauzi Nawawi sebagai Ketua Coast Guard
Penerbitan
Filem ini berdasarkan daripada idea oleh Zahiril Adzim [1]
Trivia
1.Barisan pelakon Martabat:Misi Berdarah masing-masing gunakan nama sebenar pelakon , contohnya Zahiril Adzim ambil nama watak dari salah seorang pelakon Nafiez Zaidi diikuti Nafiez ambil nama dari Fad Bocey.[2]
2.Pengarahan sulung Zahiril ke dunia pengarahan dengan bantuan Adrian Teh. Dalam masa sama Zahiril mengejar masa penggambaran drama Aku Bukan Ustazah untuk watak Omar pada 2023.
3.Salah satu babak yang mana Dato Amerul (Iedil Dzuhrie Alaudin) bertanya kepada handyman Dafi (Dafi) tentang bapanya Encik IS, ia merujuk kepada bekas Perdana Menteri ke-9 Dato Seri Ismail Sabri Yaakob.
4.Cerita kedua mengangkat kehidupan belakang tabir selepas filem Jidin Sengal pada 2011 arahan Ernie Chen
5.ASMARA merujuk nama asal ASWARA (Akademik Seni Warisan Kebangsaan) yang mana Zahiril adalah bekas pelajar.
Rujukan
- ^ "Filem Aksi Komedi 'Martabat: Misi Berdarah' Arahan Pertama Zahiril". Budiey Channel (dalam bahasa Inggeris). 2025-05-07. Dicapai pada 2025-05-07.
- ^ SIAR TV (2025-05-30), Ruang Temu SIAR : Tony Eusoff - Terpaksa menipu nama untuk dapat tawaran berlakon watak melayu (PT1), dicapai pada 2025-11-12








