Mars 2 ialah sebuah kuar angkasa lepas yang menjadi sebahagian daripada program Mars Kesatuan Soviet. Program Mars terdiri daripada siri pendarat dan kapal pengorbit Marikh yang dilancarkan kesatuan Soviet dalam awal tahun 1970-an.
Misi-misi Mars 2 dan Mars 3 dilaksanakan dengan kapal angkasa yang sama, setiap satu dengan pengorbit dan pendarat yang disambung padanya. Kuar-kuar ini dilancarkan dengan kenderaan pelancaran berat Proton K yang memiliki peringkat atas Blok D. Pendarat Mars 2 menjadi bahan buatan manusia pertama yang sampai di permukaan Marikh.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.