| Marikas | |
|---|---|
| Genre | |
| Ditulis oleh | Nik Naemah Nik Mahir |
| Pengarah | Emi Suffian Sabhe |
Dibintangi oleh | |
| Lagu pembukaan | "Tak Tercapai Akalmu" oleh Elyana |
| Lagu penutup | "Tak Tercapai Akalmu" oleh Elyana |
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Bilangan episod | 25 |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif | Suryati Sidek |
| Penerbit | JS Foo Roslan Ramli |
| Tempoh siaran | 24–25 minit |
Syarikat penerbitan | Asia Media Content |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | TV3 |
| Format gambar | 480i (SDTV) |
| Format audio | Stereo |
| Siaran asal | 16 Mei 2006 – 18 Julai 2006 |
| Kronologi | |
| Mengikuti | Kama Sutra |
| Diikuti oleh | Nuraisha |
Marikas ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2006 dibintangi oleh Nanu Baharudin, Emelda Rosemila, Helmi Hussaini, Ako Mustapha, Zizie Izette, Aman Shah, Eizlan Yusof, Jasmin Hamid dan Hairie Othman. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 dari 16 Mei 2006 hingga 18 Julai 2006 menggantikan Kama Sutra.
Sinopsis
Marikas mengisahkan bagaimana Marisa (Nanu Baharudin), pengasas syarikat Marikas Corporation, mengimbangi di antara karier dan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu kepada anaknya. Marisa berkahwin dgn Ramli (Helmi Hussaini) dan dikurniakan 3 cahaya mata iaitu Izzat (Ako Mustapha), Intan (Zizie Izette) dan Ida (Emelda Rosemila). Kehidupannya sering menjadi taruhan dan perebutan antara kuasa besar untuk menguasai Marikas Corporation. Antara rasuah, ugutan dan pengkhianatan, mampukah Marisa menempuhi masalah ini?
Pelakon
Pelakon utama
- Nanu Baharudin sebagai Marissa Kasim (Marikas)
- Emelda Rosemila sebagai Ida
- Helmi Hussaini sebagai Ramli
- Ako Mustapha sebagai Izzat
- Zizie Izette sebagai Intan
- Aman Shah sebagai Dato' Jamal
- Eizlan Yusof sebagai Amir
- Jasmin Hamid sebagai Lidya
- Hairie Othman sebagai Nezar
Pelakon pembantu
- Yusni Jaafar sebagai Cik Wok
- Rozita Che Wan sebagai Jennifer
- Sherie Merlis sebagai Mona
- Siti Fazurina sebagai Karina
- Shah Hassan sebagai Karim
- Mohd Abdul Halim sebagai Rudin
- Zaidi Rahman sebagai Riduan
- Mahmud Ali Basha sebagai Johan
Penampilan khas
- Fadilah Mansor sebagai Mak Cik Siti
- Lan Zailan sebagai Pak Wan
- Kismah Johar sebagai Mak Cik Kiah
- Ridzuan Hashim sebagai Dr. Nordin








