Marie Fredriksson | |
---|---|
Latar belakang | |
Nama lahir | Gun-Marie Fredriksson |
Kelahiran | Össjö, Sweden | 30 Mei 1958
Meninggal dunia | 9 Disember 2019 Djursholm, Sweden | (umur 61)
Genre | Pop rock |
Pekerjaan | Penyanyi-penulis lagu |
Instrumen |
|
Tahun aktif | 1978–2016 |
Pengkarya berkait |
|
Laman sesawang | www.mariefredriksson.se |
Gun-Marie Fredriksson, sering ditulis Marie Fredriksson (Swedish: [ma¹riː ²freːdrɪkˌsɔn] ( dengar); 30 Mei 1958 - 9 Disember 2019) ialah penyanyi-penulis lagu pop, pianis, dan pelukis Sweden. Beliau dikenali sebagai salah seorang ahli duo pop rock Roxette pada 1986 bersama Per Gessle. Mereka berdua berjaya mencipta nama di pentas antarabangsa pada akhir 1980-an dan awal '90-an menerusi album Look Sharp! (1988) dan Joyride (1991). Enam lagu mereka masuk dalam carta lagu Billboard Hot 100: "The Look", "Listen to Your Heart", "Dangerous", "It Must Have Been Love", "Joyride" dan "Fading Like a Flower (Every Time You Leave)".
Fredriksson mempunyai zaman kegemilangan kerjaya muziknya di Sweden sebelum menubuhkan Roxette. Beliau dahulunya ialah anggota kumpulan punk Strul, band yang merintis festival muziknya sendiri pada tahun 1979. Pembubaran Strul menjadi permulaan dari projek Fredriksson selanjutnya, MaMas Barn. Sejak itu, beliau mengeluarkan single. Album pertamanya, Het vind, dikeluarkan pada 1984, diikuti oleh Den sjunde vågen pada 1986 dan ... Efter stormen pada 1987. Kejayaan Roxette ke pentas antarabangsa bertepatan dengan peningkatan kerjaya Fredriksson sebagai penyanyi solo. Sepanjang tempoh itu, beliau hanya melancarkan bukan album single bertajuk "Sparvöga" tahun 1989. Beliau kemudian melancarkan album-album solo seperti Den ständiga resan (1992) dan I en tid som vår (1996).
Pada tahun 2002, Fredriksson didiagnosis mengihdap tumor otak. Semasa menjalani pemulihan, beliau merakamkan lagu sebagai penyanyi solo. Beliau melancarkan The Change pada 2004 dan Min bäste vän pada 2006 serta bukan album single "Där du andas" pada 2008. Beliau dan Gessle kemudian bersatu semula dan mengeluarkan beberapa album di bawah nama Roxette, kemudian mengadakan konsert jelajah di seluruh dunia. Beliau melancarkan Nu! sebagai penyanyi solo di Sweden pada 2013.
Diskografi
- Het vind (1984)
- Den sjunde vågen (1986)
- ... Efter stormen (1987)
- Den ständiga resan (1992)
- I en tid som vår (1996)
- The Change (2004)
- Min bäste vän (2006)
- Nu! (2013)
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|
1986 | Marie Fredriksson | Best Swedish Female | Menang | [4] |
1987 | Menang | |||
Efter stormen | Best Swedish Album | Menang | ||
1988 | Marie Fredriksson | Best Swedish Female | Menang | |
1989 | Menang |
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|
1988 | Marie Fredriksson | Pop/Rock – Female | Tercalon | [5] |
1989 | Menang | [6] | ||
1993 | Tercalon | [7] | ||
Artist of the Year | Menang | |||
Songwriter of the Year | Tercalon | [8] | ||
1997 | Pop/Rock – Female | Tercalon | [9] |
Rujukan
- ^ "Marie Fredriksson". Discogs. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 May 2019. Dicapai pada 10 December 2019.
- ^ "Marie Fredriksson Discography - Sweden - 45cat". www.45cat.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 December 2017. Dicapai pada 10 December 2019.
- ^ "TIDIGARE VINNARE I ROCKBJÖRNEN". Aftonbladet. Dicapai pada 10 December 2019.
- ^ "Tidigare Vinnare | Rockbjörnen" [Previous Winners | Rockbjörnen]. Aftonbladet (dalam bahasa Swedish). Schibsted. 27 May 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 November 2016. Dicapai pada 14 November 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Grammis 1988 – nominerade/vinnare". Grammis (dalam bahasa Swedish). IFPI Sweden. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Disember 2017. Dicapai pada 29 Oktober 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Grammis 1989 – nominerade/vinnare". Grammis (dalam bahasa Swedish). IFPI Sweden. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 September 2018. Dicapai pada 13 September 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Grammis 1993 – nominerade/vinnare". Grammis (dalam bahasa Swedish). IFPI Sweden. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 July 2018. Dicapai pada 29 October 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Grammis 1993 – nominerade/vinnare". Grammis (dalam bahasa Swedish). IFPI Sweden. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 August 2018. Dicapai pada 29 October 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Grammis 1997 – nominerade/vinnare". Grammis (dalam bahasa Swedish). IFPI Sweden. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 November 2018. Dicapai pada 29 Oktober 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
Sumber
- Lundgren, Larz; Wikström, Jan-Owe (1992). Roxette: The Book. ISBN 91-46-16211-9.CS1 maint: ref=harv (link)
- Fredriksson, Marie; von Zweigbergk, Helena (2015). Kärleken till livet. ISBN 9789164204639.CS1 maint: ref=harv (link)
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Marie Fredriksson |
- Kelahiran 1958
- Kematian 2019
- Penyanyi wanita Sweden
- Penyanyi-penulis lagu Sweden
- Pianis pop Sweden
- Pianis wanita Sweden
- Penyanyi pop Sweden
- Penulis lagu Sweden
- Penyanyi berbahasa Inggeris dari Sweden
- Penyanyi Sweden berbahasa Sepanyol
- Penyanyi berbahasa Sweden
- Ahli Roxette
- Soprano Sweden
- Gitaris wanita Sweden
- Kematian akibat kanser di Sweden
- Kematian akibat tumor otak