Mangkuk atau ialah alat makan yang berbentuk cekung, yang boleh dijadikan sebagai bekas letak makanan atau minuman. Bentuknya yang lebih cekung daripada piring menyebabkan mangkuk lebih sesuai untuk meletakkan makanan yang berkuah banyak agar tidak mudah tumpah.
Mangkuk biasanya diperbuat daripada porselin, batu, plastik, logam atau gelas. Kadang-kadang, kayu juga digunakan. Ada juga mangkuk yang berfungsi sebagai penghias ruangan, biasanya berupa mangkuk yang banyak hiasannya atau berbahan logam mulia atau batu mulia. Mangkuk juga ada bermacam-macam ukuran. Untuk mangkuk yang digunakan hanya sekali, iaitu pakai buang, biasanya digunakan bahan daripada kertas atau styrofom.
Lihat juga
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Mangkuk |