Sebahagian daripada siri berkaitan |
Islam |
---|
![]() |
Mazhab Maliki (Arab: مالكية) adalah satu dari empat mazhab fiqh atau hukum Islam dalam Sunni. Mazhab Maliki diamalkan di Utara Afrika dan sebahagian Afrika Barat. Mazhab ini mempunyai bilangan pengikut ketiga teramai iaitu lebih kurang 15% daripada Muslim.
Mazhab ini berbeza daripada tiga mazhab yang lain kerana terdapat tambahan kepada sumbernya. Selain menggunakan Al Quran, hadis, ijma' dan qiyas, Imam Maliki juga menggunakan amalan orang Islam Madinah pada zamannya itu sebagai sumber yang kelima. Mengikut Imam Malik, amalan orang Madinah dilihat sebagai sunnah hidup memandangkan Nabi Muhammad berhijrah, tinggal, dan wafat di Madinah, dan kebanyakan sahabat Nabi tinggal di Madinah. Kesannya, Hadis yang dikaji oleh mazhab ini agak terhad daripada mazhab yang lain.
Mazhab ini berpegang kepada:
- Al-Quran
- Hadis Rasulullah yang dikategorikan sah
- Ijmak' ahlul Madinah. Kadangkala menolak hadis yang bertentangan atau yang tidak diamalkan oleh ulama Madinah
- Qiyas
- Istilah
Mazhab ini menjadi panduan hukum Arab Saudi.
Riwayat Hidup Imam Malik Rahimahullah
Nama sebenarnya ialah Malik bin Anas bin Malik bin Amar Al-Harith. Beliau dilahirkan pada tahun 93 Hijrah bersamaan 713 Masihi di Madinah. Datuknya,Malik bin Amar Al-Harith merupakan salah seorang Ulama Tabiin yang terkenal. Moyangnya, Amar Al-Harith merupakan salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang sama-sama berjuang menegakan Islam.
Imam Malik dan Perkembangan Mazhab Maliki
Imam Malik hidup pada masa pemerintahan Umayyah dan Abbasiyyah, yang menurutnya telah menyimpang dari prinsip kekhalifahan yang ideal. Kekhalifahan seharusnya didasarkan pada musyawarah demokratis, tetapi dalam praktiknya, kekuasaan diwariskan secara turun-temurun atau diperoleh melalui kudeta. Oleh karena itu, Imam Malik menganggap pemerintahan pada masanya sebagai bentuk kekuasaan yang tidak sesuai dengan syariah.
Meskipun menghadapi gejolak politik, Imam Malik memperoleh pendidikan tinggi di Madinah, yang pada saat itu menjadi pusat ilmu pengetahuan Islam. Ia tidak pernah menuntut ilmu di luar Madinah, karena kota tersebut dianggap sebagai tempat utama bagi perkembangan ajaran Islam. Imam Malik menjadi seorang ulama yang disegani, menarik perhatian banyak murid dari dalam maupun luar Madinah. Ia dikenal sebagai Imam Dar Al-Hijrah, yang berarti Penghulu Ulama Madinah—Bumi Hijrah.
Sebagai seorang ahli hukum Islam (faqih), Imam Malik mengembangkan metode perumusan fikih yang merujuk kepada berbagai sumber utama, yaitu Al-Qur’an, hadis Nabi, ijma (konsensus ulama), qiyas (analogi hukum), praktik penduduk Madinah, maslahat (mashlahah mursalah), tradisi (‘urf), serta upaya pencegahan (saddu dzari’ah). Murid-muridnya memainkan peran penting dalam penyebaran mazhab Maliki ke berbagai wilayah dunia Islam. Salah satu muridnya, Imam Al-Syafi’i, kelak mendirikan mazhab fikih tersendiri.
Mazhab Maliki berkembang pesat berkat beberapa faktor utama, salah satunya adalah kodifikasi sistematis pemikiran Imam Malik dalam berbagai kitab. Salah satu karya terbesarnya adalah Al-Muwaththa’, yang berisi kumpulan hadis Nabi serta fatwa dari para sahabat. Karena berisi banyak hadis, kitab ini sering dianggap sebagai karya dalam bidang hadis selain fikih. Karya penting lainnya adalah Al-Mudawwanah, yang menyusun sekitar 6200 fatwa Imam Malik secara sistematis berdasarkan tema fikih.
Mazhab Maliki sering dikategorikan sebagai Mazhab Ahlul Atsar atau Ahli Hadis, yang lebih mengutamakan sumber-sumber tradisional dibanding pendekatan rasional seperti Mazhab Ahlur Ra’yi, yang lebih sering dikaitkan dengan mazhab Hanafi. Dalam beberapa abad, kedua mazhab ini bersaing dalam mempengaruhi masyarakat Muslim, terutama di Afrika Utara dan Andalusia.
Imam Malik menghabiskan seluruh hidupnya di Madinah, belajar dari para ulama terkemuka, seperti Abdurrahman bin Harmuz, Nafi’ (maula Ibn Umar), dan Ibn Syihab Al-Zuhri. Murid-muridnya, seperti Muhammad ibn al-Hasan dan Abdullah Ibn Wahab, berkontribusi dalam penyebaran ajaran Maliki. Kitab Al-Mudawwanah, yang merupakan hasil kerja murid-muridnya, menjadi salah satu karya yang paling populer dalam mazhab Maliki. Imam Malik juga berperan dalam membentuk pemikiran fikih Islam yang terus berkembang dan tetap relevan dalam kajian hukum Islam hingga kini.
Sumbangan Imam Malik Rahimahullah
Imam Malik menghasilkan beberapa buah kitab. Kitab yang termasyhur ialah Kitab Al-Muattok yang berdasarkan dengan hadis-hadis Rasulullah SAW.
Lihat juga
Pautan luar
- (Inggeris) Biography of Imam Malik Diarkibkan 2009-07-14 di Wayback Machine
- (Inggeris) Translation of Malik's Muwatta Diarkibkan 2008-11-28 di Wayback Machine
- (Inggeris) Aisha Bewley's homepage Diarkibkan 2008-08-03 di Wayback Machine - includes translations of a variety of important Maliki source texts
- (Inggeris) Biographical summary of Imam Malik Diarkibkan 2011-06-09 di Wayback Machine