Malaysia di Sukan Paralimpik Musim Panas 2020 | |
---|---|
Kod IPC | MAS |
NPC | Majlis Paralimpik Malaysia |
di Tokyo | |
Peserta | 22 dalam 9 sukan |
Pembawa bendera (pembukaan) | Bonnie Bunyau Gustin Siti Noor Iasah |
Pembawa bendera (penutupan) | Cheah Liek Hou |
Pingat |
|
Penampilan Sukan Paralimpik Musim Panas (keseluruhan) | |
Malaysia telah bertanding di Sukan Paralimpik Musim Panas 2020 di Tokyo, Jepun pada 25 Ogos hingga 6 September 2021.
Latar belakang
Upacara perasmian dan penutupan
Bonnie Bunyau Gustin dan Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin telah dipilih sebagai pemegang bendera Malaysia dalam upacara perasmian Tokyo 2020. Atlet dan pegawai Malaysia telah memakai busana bertemakan pakaian Hang Tuah semasa perbarisan atlet. Pakaian tersebut direka bentuk oleh Jabatan Seni Reka Fesyen, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang terletak di Shah Alam (Kampus utama). Pakaian tersebut menampilkan warna bendera kebangsaan dan motif "Songket Bunga Tabur". Atlet dan pegawai perempuan memakai baju kurung lengkap berdokoh dan selendang manakala atlet dan pegawai lelaki Baju Melayu tradisional lengkap bertanjak, baju sikap dan samping.[1][2]
Pemain badminton Malaysia, Cheah Liek Hou telah dipilih sebagai pemegang bendera Malaysia dalam upacara penutupan.
Sasaran dan pencapaian
Pada 19 Julai 2021, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican selaku Menteri Belia dan Sukan Malaysia telah mengumumkan bahawa kontigen Malaysia menyasar untuk mendapat tiga pingat emas dalam Sukan Paralimpik 2020, sejajar dengan pungutan pingat negara tersebut pada Sukan Paralimpik 2016 yang diadakan di Rio de Janeiro, Brazil.[3] Malaysia telah mencapai sasaran mereka dengan merangkul tiga pingat emas dan dua pingat perak. Pencapaian ini merupakan rekod terbaik bagi negara tersebut sejak penampilan Sukan Paralimpik yang pertamanya pada tahun 1972.
Pentadbiran
Berikut merupakan pasukan pentadbiran kontigen Malaysia dalam Sukan Paralimpik 2020:[4]
- Chef de Mission: Dato’ Sri Megat D Shahriman Bin Dato Zaharudin
- Setiausaha: Laksamana Pertama Dato’ Subramaniam Raman Nair
- Pengarah Bahagian Paralimpik MSN: Sofian bin Hamzah
- Penasihat MPM: Mohan Govindasamy
- Ketua Pegawai Perubatan: Dr. Azril Syazwan Bin Mohd Ali
Pasukan Malaysia juga diiringi oleh seorang jururawat, seorang tukang urut, seorang jurupulih anggota, empat orang personel perubatan dan dua orang personel pentadbiran dari MSN.
Peserta
Sukan | Lelaki | Wanita | Jumlah |
---|---|---|---|
Memanah | 2 | 0 | 2 |
Olahraga | 4 | 1 | 5 |
Badminton | 2 | 0 | 2 |
Boccia | 1 | 0 | 1 |
Lumba basikal | 3 | 2 | 5 |
Powerlifting | 2 | 0 | 2 |
Renang | 2 | 1 | 3 |
Ping pong | 1 | 0 | 1 |
Tenis kerusi roda | 1 | 0 | 1 |
Jumlah | 18 | 4 | 22 |
Pemenang pingat
Pingat | Nama | Sukan | Acara | Tarikh |
---|---|---|---|---|
Emas | Bonnie Bunyau Gustin | Powerlifting | 72kg | 28 Ogos |
Emas | Cheah Liek Hou | Badminton | Perseorangan lelaki SU5 | 4 September |
Emas | Abdul Latif Romly | Olahraga | Lompat jauh lelaki T20 | 4 September |
Perak | Jong Yee Khie | Powerlifting | 107kg | 30 Ogos |
Perak | Chew Wei Lun | Boccia | Individu campuran BC1 | 1 September |
Memanah
Atlet | Acara | Pusingan kedudukan | Pusingan 64 | Pusingan 32 | Pusingan 16 | Suku akhir | Separuh akhir | Akhir / Gangsa | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Mata | Seed | Lawan Mata |
Lawan Mata |
Lawan Mata |
Lawan Mata |
Lawan Mata |
Lawan Mata |
Ked. | ||
Suresh Selvathamby | Recurve lelaki individu | 579 | 28 | — | Tsydendorzhiev (RPC) L 2-6 |
Tidak mara | ||||
Wiro Julin | Compound lelaki individu terbuka | 579 | 28 | Bai | Shigaev (RPC) L 126 - 136 |
Tidak mara |
Olahraga
- Acara balapan lelaki
Atlet | Acara | Kelayakan | Akhir | ||
---|---|---|---|---|---|
Masa | Ked. | Masa | Ked. | ||
Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi[5] | 100 m T36 | 12.06 | 1 Q SB | 12.15 | 4 |
- Acara padang lelaki
Atlet | Acara | Akhir | Ked. |
---|---|---|---|
Wong Kar Gee[6] | Lompat jauh T12 | 5.93 PB | 6 |
Abdul Latif Romly[7] | Lompat jauh T20 | 7.45 SB | |
Muhammad Ziyad Zolkefli[8] | Lontar peluru F20 | DNS |
- Acara balapan wanita
Atlet | Acara | Kelayakan | Akhir | ||
---|---|---|---|---|---|
Masa | Ked. | Masa | Ked. | ||
Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin | 400 m T20 | 59.89 | 4 q SB | 1:01.05 | 8 |
Badminton
Dua atlet para Malaysia berjaya mendapat kedudukan dalam kejohanan badminton, iaitu Cheah Liek Hou (acara SU5 lelaki) dan Didin Taresoh (acara SH6 lelaki).
Atlet | Acara | Peringkat kumpulan | Separuh akhir | Akhir / Gangsa | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Lawan Mata |
Lawan Mata |
Lawan Mata |
Ked. | Lawan Mata |
Lawan Mata |
Ked. | ||
Cheah Liek Hou | Perseorangan SU5 | Eldakrory (EGY) M (21–3, 21–2) |
Fang (TPE) M (21–13, 21–8) |
Imai (JPN) M (21–19, 21–12) |
1 Q | Fang (TPE) M (15–21, 21–10, 21–16) |
Dheva (INA) M (21–17, 21–15) |
|
Didin Taresoh | Perseorangan SH6 | Nagar (IND) K (20–22, 10–21) |
Tavares (BRA) K (13–21, 13–18) Ret |
— | 3 | Tidak mara |
Boccia
Atlet | Acara | Perlawanan pool | Suku akhir | Separuh akhir | Akhir / Gangsa | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Lawan Mata |
Lawan Mata |
Lawan Mata |
Lawan Mata |
Ked. | Lawan Mata |
Lawan Mata |
Lawan Mata |
Ked. | ||
Chew Wei Lun | Individu campuran BC1 | Oliveira (BRA) M 5–2 |
Huadpradit (THA) M 3*–3 |
Jung (KOR) M 9–3 |
Curinova (CZE) M 11–0 |
1 Q | Zhang (CHN) M 4–2 |
Ramos (POR) M 9–5 |
Smith (GBR) K 2–4 |
Lumba basikal
Lima pelumba basikal paralimpik Malaysia berjaya mendapat kelayakan ke Sukan Paralimpik 2020.
Lebuh raya
- Lelaki
Atlet | Acara | Masa | Ked. |
---|---|---|---|
Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin | Uji masa C1 | 26:46.56 | 5 |
Lumba lebuh raya C1–3 | -1 LAP | 33 | |
Muhammad Hafiz Jamali | Uji masa C5 | 1:01:35.78 | 12 |
Zuhairie Ahmad Tarmizi | DNF |
- Wanita
Atlet | Acara | Masa | Ked. |
---|---|---|---|
Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais (Nurul Suhada Zainal – jurumudi) |
Uji masa B | DNF | |
Lumba lebuh raya B | DNS |
Trek
- Lelaki
Atlet | Acara | Kelayakan | Akhir | ||
---|---|---|---|---|---|
Masa | Ked. | Lawan Masa |
Ked. | ||
Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin | Kejar-mengejar perseorangan C1 | 3:58.413 | 7 | Tidak mara | |
Muhammad Hafiz Jamali | 1000m Uji masa C4–5 | — | 1:11.288 | 19 | |
Zuhairie Ahmad Tarmizi | — | 1:06.472 | 10 | ||
Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin Muhammad Hafiz Jamali Zuhairie Ahmad Tarmizi |
Pecut pasukan campuran | 50.532 | 5 | Tidak mara |
- Wanita
Atlet | Acara | Kelayakan | Akhir | ||
---|---|---|---|---|---|
Masa | Ked. | Lawan Masa |
Ked. | ||
Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais (Nurul Suhada Zainal – jurumudi) |
1000m Uji masa B | — | 1:15.005 | 9 |
Ping pong
Atlet | Acara | Peringkat kumpulan | Pusingan pertama | Suku akhir | Separuh akhir | Akhir/Gangsa | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Lawan Keputusan |
Lawan Keputusan |
Lawan Keputusan |
Ked. | Lawan Keputusan |
Lawan Keputusan |
Lawan Keputusan |
Lawan Keputusan |
Ked. | ||
Chee Chaoming | Individu lelaki C9 | Kalem (ITA) K 0-3 |
Stacey (GBR) K 0-3 |
Ma Lin (AUS) K 0-3 |
4 | Tidak mara |
Powerlifting
Dua atlet powerlifting paralimpik Malaysia, Bonnie Bunyau Gustin dan Jong Yee Khie berjaya memasuki Sukan Paralimpik 2020.[9]
Atlet | Acara | Akhir | |
---|---|---|---|
Keputusan | Ked. | ||
Bonnie Bunyau Gustin | Lelaki -72kg | 228 PR |
|
Jong Yee Khie | Lelaki -107kg | 237 |
Renang
Tiga orang atlet renang paralimpik Malaysia, Muhammad Nur Syaiful Zulkafli, Jamery Siga dan Brenda Anelia berjaya layak ke Sukan Paralimpik 2020.
- Lelaki
Atlet | Acara | Heat | Akhir | |||
---|---|---|---|---|---|---|
Keputusan | Ked. | Keputusan | Ked. | |||
Muhammad Nur Syaiful Zulkafli | 50m gaya bebas S5 | 33.46 | 5 Q | 32.82 | 5 | |
100m gaya bebas S5 | 1:16.33 | 7 Q | 1:15.12 | 7 | ||
200m gaya bebas S5 | DSQ | Tidak mara | ||||
100m kuak dada SB4 | DSQ | Tidak mara | ||||
Jamery Siga | 50m kupu-kupu S5 | 40.32 | 6 | Tidak mara |
- Wanita
Atlet | Acara | Heat | Akhir | |||
---|---|---|---|---|---|---|
Keputusan | Ked. | Keputusan | Ked. | |||
Brenda Anellia Larry | 50m kuak lentang S4 | 59.33 | 11 | Tidak mara | ||
50m kupu-kupu S5 | 1:00.62 | 7 | Tidak mara |
Tenis kerusi roda
Seorang atlet para Malaysia berjaya layak ke kejohanan tenis kerusi roda berdasarkan kedudukan dunia.
Atlet | Acara | Pusingan 64 | Pusingan 32 | Pusingan 16 | Suku akhir | Separuh akhir | Akhir | |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Lawan Keputusan |
Lawan Keputusan |
Lawan Keputusan |
Lawan Keputusan |
Lawan Keputusan |
Lawan Keputusan | |||
Abu Samah Borhan | Perseorangan lelaki | Gil (CRC) M 4–6, 6–3, 6–2 |
Egberink (NED) K 0–6, 1–6 |
Tidak mara |
Lihat juga
Rujukan
- ^ "Japan welcomes Paralympians in spectacular fashion". Bernama. 24 August 2021. Dicapai pada 25 August 2021.
- ^ "Team Malaysia's outfits gain praises at Tokyo 2020 Paralympics opening ceremony". The Sun. 24 August 2021. Dicapai pada 25 August 2021.
- ^ "Olympics: Malaysia aims for first ever gold medal in Tokyo". Bernama. 19 July 2021. Dicapai pada 2 August 2021.
- ^ TEAM OFFICIALS Majlis Paralimpik Malaysia. Dicapai pada 31 Oktober 2021.
- ^ "Results - Men's 100m T36 Final" (pdf). IPC. 15 November 2019. Dicapai pada 10 November 2019.
- ^ "Wong Kar Gee qualifies to 2020 paralympics in long jump after gold in Paris". Star Online. 31 August 2019.
- ^ "Results - Men's Long Jump T20 Final" (pdf). IPC. 15 November 2019. Dicapai pada 7 November 2019.
- ^ "Dubai 2019 Results | Event Overview – Men's shot put F20". paralympic.org. Dicapai pada 2 February 2020.
- ^ "NSC: 10 para athletes through to 2020 Tokyo Paralympics". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). 26 Ogos 2020. Dicapai pada 27 Ogos 2020.