Nombor AFA | 150 | ||
---|---|---|---|
Pengekodan | |||
X-SAMPA | P or v\ | ||
| |||
Sampel audio | |||
Malaran tak geser bibir-gigi ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ʋ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan P atau v\ dalam X-SAMPA.
Ciri-ciri
[sunting | sunting sumber]Ciri-ciri malaran tak geser bibir-gigi:
- Cara artikulasinya ialah malaran tak geser, iaitu dihasilkan dengan merapatkan dua alat artikulasi tanpa menyempitkan rongga vokal sehingga terhasilnya arus udara yang bergelora.
- Daerah artikulasinya adalah bibir-gigi, iaitu disebut dengan bibir bawah dan gigi atas.
- Jenis pembunyiannya adalah bersuara, iaitu pita vokal bergelar ketika penyebutan.
- Ini ialah satu konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
- Ini ialah satu konsonan tengah, iaitu dihasilkan dengan membenarkan arus udara mengalir melalui tengah lidah dan bukan sisinya.
- Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.