Dr Malar Santhi Santherasegapan M.D (CSMU), IES (London), MBA (Hons, UTM) PDAM (IIWAM) | |
---|---|
Maklumat peribadi | |
Kelahiran | Kuantan, Pahang |
Maklumat media sosial | |
Pengikut | 600k di Facebook
600k di TikTok 200k di Instagram |
Nama laman | Celoteh Dr Malar |
Pautan laman | Celoteh Dr Malar |
Kemas kini: 2 Februari 2024 |
Dr. Malar Santhi Santherasegapan (atau Dr Malar) ialah seorang pegawai perubatan di Malaysia berbangsa India dan beragama Hindu[1] yang dikenali kerana keupayaannya menyampaikan topik perubatan yang kompleks dalam bahasa Melayu dengan fasih dan mudah difahami. Beliau mula dikenali di Malaysia apabila petah berkongsi pelbagai maklumat berkaitan pandemik COVID-19, vaksin dan masalah kesihatan menerusi laman sosial dengan penggunaan bahasa Melayu yang fasih. Dengan menggunakan nama "Celoteh Dr Malar" di laman media sosialnya, beliau kerap dijemput sebagai tetamu atau jurucakap di pelbagai acara termasuk media arus perdana di Malaysia seperti Bernama dan TV3[2] serta program peringkat kebangsaan seperti National Training Week, Sambutan Hari Wanita Kebangsaan, Jelajah MyPesara dan program Temu Anwar.
Gaya penyampaiannya yang jelas dan berkesan telah menarik perhatian Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), yang kemudiannya mengiktiraf sumbangannya dengan penganugerahan gelaran Ikon Bahasa DBP bagi tahun 2024.[3]
Dr Malar juga dinobat sebagai Anugerah Pekerja Contoh pada Sambutan Hari Pekerja 2023 yang disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke sepuluh, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selain itu, beliau juga diberi anugerah berprestij tinggi iaitu, NONA Superwoman Health Influencer Award 2022.
Latar belakang
Malar Santhi merupakan anak kelahiran Kuantan, Pahang[4]. Beliau pernah melanjutkan pengajian dalam Sarjana Pengurusan Pentadbiran Kesihatan dengan kepujian di i Universiti Teknologi Malaysia[2] dan diberi Anugerah Pelajar Terbaik. Selain fasih berbahasa Melayu, Malar juga boleh bertutur dalam Bahasa Rusia[4] kerana pernah menyambung pelajaran di Universiti Perubatan Negeri Krimea (CSMU), Ukraine. Beliau yang pernah bertugas sebagai doktor jabatan kecemasan di Columbia Asia Hospital - Cheras dan beberapa hospital lain, kini merupakan seorang pempengaruh dalam topik kesihatan dan pelatih yang diiktiraf oleh HRDCorp.
Anugerah dan pengiktirafan
1) 2024 ; Anugerah Ikon Bahasa Dewan Bahasa Dan Pustaka https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1323393/dr-malar-anggap-pelantikan-sebagai-ikon-bahasa-satu-penghormatan
2) 2023 ; Anugerah Pekerja Contoh - dinobatkan ketika Sambutan Hari Pekerja 2023, dalam majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dr-malar-terima-anugerah-pekerja-contoh-417640?
3) 2022 ; NONA Superwoman Health Influencer Award https://varnam.my/71546/dr-malar-santhi-santherasegapan-receives-the-nona-health-influencer-award-2022/
4) 2021 ; Penyampai trofi bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 bagi mewakili pejuang barisan hadapan yang menghadapi musim pandemik di Malaysia. Beliau menjadi penyampai trofi bagi kategori Artis Baru Lelaki Popular dan Artis Baru Wanita Popular[5].
Rujukan
- ^ Hanafis Haris (16 April 2020). ""Agama Saya Tidak Minta, Tapi..." - Dana & Pemakaian Tudung Jadi Pertikaian Netizen Racist, Doktor Berbangsa India Ini Tampil Bagi Penjelasan!". Gempak. Dicapai pada 4 Januari 2022.
- ^ a b Rossilah Jamil (6 Julai 2021). "AHIBS Medical Frontliners – Heroes during Pandemic". UTM News. Dicapai pada 4 Januari 2022.
- ^ Hamid, Amir Abd (2024-11-13). "Dr Malar anggap pelantikan sebagai ikon bahasa satu penghormatan". Berita Harian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-05-28.
- ^ a b Helmi Anuar (30 Oktober 2021). "Fenomena Doktor Malar". Getaran. Dicapai pada 4 Januari 2022.
- ^ NANTHINI (November 16, 2021). "Dr Malar Looks Absolutely Stunning Presenting Award At The 34th Anugerah Bintang Popular". Varnam Malaysia. Dicapai pada 4 Januari 2022.