| Malam Terlarang | |
|---|---|
| Pengarah | Nurhanisham Muhammad (Labu) |
| Penulis |
|
| Cerita oleh |
|
| Dihasilkan oleh |
|
| Dibintangi |
|
| Sinematografi | Nurhanisham Muhammad (Labu) |
| Disunting oleh | Thiyagu Govindan |
| Muzik oleh | MonoloQue |
Syarikat penerbitan |
|
| Diedarkan oleh | |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 110 minit |
| Negara | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Pecah panggung | RM 12.499 juta |
Malam Terlarang merupakan sebuah filem seram Malaysia 2025 arahan Nurhanisham Muhammad. Filem yang dibintangi oleh Zul Ariffin, Shasha Abedul, Sofia Jane, Sabri Yunus, Aila Azizul, Sharifah Haneesya, Hasnul Rahmat, Normah Damanhuri, Amir Nafis dan Sadiq M. Jamil. Filem ini mula ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia bermula 30 Oktober 2025.
Sinopsis
Pada tahun 1987, di Kampung Pasir Larung, Pekan, Pahang. Mawar merupakan gadis berusia 18 tahun yang terpaksa menangguhkan impiannya sebagai wartawan demi menjaga ibunya, Sarimah, dengan bantuan kakaknya, Safar. Namun segalanya berubah selepas kematian mengejut dalam keluarga mereka membawa kepada gangguan makhluk misteri yang memaksa Mawar menyiasat rahsia di sebalik tragedi itu.
Dalam masa sama, bapanya Omar sibuk dengan kempen politik bagi menggulingkan ketua partinya, Haji Wahid. Ketika penyiasatan semakin dalam, Mawar berdepan kejadian paranormal mengerikan yang dipandang remeh oleh ahli keluarganya. Akhirnya, dia dan bapanya perlu berhadapan musuh sebenar untuk membebaskan diri daripada kuasa gelap yang menghantui hidup mereka.
Pelakon
- Zul Ariffin sebagai Omar
- Shasha Abedul sebagai Mawar
- Sofia Jane sebagai Sarimah
- Sabri Yunus sebagai Haji Mokhtar
- Aila Azizul sebagai Safar
- Sharifah Haneesya sebagai Pamakbul (Hantu Dewi Laut)
- Hasnul Rahmat sebagai Haji Wahid
- Normah Damanhuri sebagai Mak Noni
- Amir Nafis sebagai Ghaz
- Sadiq M. Jamil sebagai Zain
- Eric Chen sebagai Tauke Teng
- Sharifah Aleysha sebagai Sarimah (muda)
- Muhammad Aniq Ammar sebagai Omar (kecil)
- Ikhram Juhari sebagai Omar (muda)








