Renungan; berparti lewat malam; pertemuan keluarga; berjamuan; bertukar hadiah; bunga api; kira detik; kebaktian larut malam; pertemuan sosial, di mana peserta boleh menari, makan, minum minuman beralkohol, dan menonton atau menyalakan bunga api
Dalam takwim Gregorius, Malam Tahun Baru atau Ambang Tahun Baru (juga dikenali sebagai Hari Tahun Lama atau Hari Saint Silvester di banyak negara), hari terakhir tahun, pada 31 Disember. Di banyak negara, Malam Tahun Baru disambut di parti malam, ramai orang menari, makan, minum, dan menonton atau menyalakan bunga api. Beberapa orang Kristian menghadiri kebaktian larut malam. Sambutan biasanya berterusan lepas tengah malam ke Hari Tahun Baru, 1 Januari.