Jenis/bentuk sah | Pusat beli-belah, syarikat, pasar |
---|---|
Industri | Pasar raya |
Ditubuhkan | 14 Januari 2020 |
Dibubarkan | 31 Julai 2024[1] |
Ibu pejabat | 65, Lingkaran Cyber Point Timur, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor. |
Keluaran | Muslim |
Pemilik | Malakat Mall |
Syarikat induk | Kumpulan Brainy Bunch |
Anak syarikat | Malakat Grocer 812 |
Tapak web | https://malakatmall.com/ |
sunting · sunting di Wikidata |
Malakat Mall ialah sebuah pusat beli-belah yang terletak di Cyberjaya, Selangor, Malaysia. Ia merupakan sebuah pusat beli belah yang mengumpulkan usahawan Melayu-Muslim untuk berniaga di bawah satu bumbung dengan penawaran butik, kedai makan dan tapak jualan[2]. Sekaligus memberi peluang kepada pengguna Muslim untuk menyatukan kuasa pembelian mereka secara berpusat.[3]
Latar belakang
Malakat Mall telah dilancarkan pada 14 Januari 2020[4] dan memulakan operasi pada 13 Mac 2020[5], lima hari sebelum Malaysia berada dalam perintah kawalan pergerakan akibat pandemik COVID-19. Ia telah dirasmikan pada 6 September 2020 oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia, Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar[6]. Penubuhan pusat beli belah ini dimulakan oleh Mohd Fadzil Hashim (juga dikenali dengan Coach Fadzil).
Pembukaan Malakat Mall ini berinspirasikan daripada tindakan Nabi Muhammad SAW setelah berhijrah dari Mekah lalu membuka pasar Madinah. Nama ‘malakat’ yang bermaksud pertemuan pedagang, digunakan bersempena gelaran 'malakat' kepada negeri Melaka oleh pedagang Arab ketika sebelum dijajah.
Kemudahan
Terdapat pelbagai kemudahan atau fasiliti yang telah disediakan di Malakat Mall untuk kegunaan orang ramai.[7][8] Pengurusan Malakat Mall sentiasa peka dengan kehendak para pengunjung yang ingin menikmati suasana membeli-belah yang selasa dan selamat. Surau terbuka disediakan di ruang legar pusat beli belah ini[9], di samping mempunyai surau tertutup yang sedia ada.
Penutupan
Pemindahan Cawangan Masjid Tanah
Operasi Malakat Mall di Masjid Tanah, Melaka, akan berpindah ke bangunan baru berikutan kegagalan mencapai persetujuan kos sewa dengan MARA Incorporated Sdn. Bhd (Mara Inc). Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim, memutuskan untuk berpindah ke bangunan lebih kecil untuk memastikan kakitangan tidak kehilangan pekerjaan. Mereka merancang menggunakan tiga lot kedai dan menjalankan perniagaan dengan skala lebih kecil untuk memenuhi keperluan komuniti setempat. Namun, lokasi baru masih belum diumumkan.[10][11]
Penutupan Cawangan Cyberjaya
Malakat Mall di Cyberjaya akan ditutup pada 31 Julai 2024 selepas beroperasi selama empat tahun, menurut pengumuman oleh pengasasnya, Fadzil Hashim. Penutupan ini bertujuan untuk meneroka model perniagaan baru, walaupun butirannya tidak diperincikan. Mall ini menghadapi pelbagai cabaran, termasuk penutupan paksa lima hari selepas dibuka akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa pandemik COVID-19 pada Mac 2020.[12]
Pada tahun 2022, Fadzil dan rakan kongsi dilaporkan telah melabur RM40 juta untuk membangunkan semula mall tersebut. Walaupun menjana pendapatan sebanyak RM17 juta hingga RM25 juta dalam dua tahun pertama, mall ini gagal mengekalkan kelestarian perniagaan. Peniaga mengeluh tentang kawasan solat sementara yang menghalang laluan dan jenama pasar raya yang tidak dikenali[13]. Pakar pasaran menyatakan bahawa walaupun mempunyai kedai yang lengkap dan ruang makan yang terang, ia tidak menarik bagi bukan penduduk Cyberjaya.
Rangkaian
Pasar Raya
- Malakat Mall Cyberjaya - 65, Lingkaran Cyber Point Timur, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor
- Malakat Mall Masjid Tanah - Jalan Bandar Baru Utama, Taman Bandar Baru, 78300 Masjid Tanah, Melaka
Kedai Runcit
- Malakat Grocer 812 Putra Perdana - G-76 , Jalan Lingkungan, Jalan Putra Perdana, Taman Putra Perdana, 47130 Puchong, Selangor.
- Malakat Grocer 812 Kota Warisan - Jalan Warisan Megah 1/4, Kota Warisan, 43900 Sepang, Selangor.
- Malakat Grocer 812 Alam Damai - 100, Jln Damai Raya 2, Alam Damai, 56000 Cheras, Kuala Lumpur.
Rujukan
- ^ Malakat Mall ditutup 31 Julai selepas 4 tahun beroperasi
- ^ Hairi Ariff (10 Ogos 2022). "Dilabel Pasar Raya Muslim Pertama Cyberjaya, Lelaki Ini Dedahkan Malakat Mall Sunyi Sepi Tanpa Pengunjung". Vocket. Dicapai pada 29 Ogos 2022.
- ^ "Lahirnya pasar raya masyarakat Melayu".
- ^ "MALAKAT MALL CETUS KEBANGKITAN EKONOMI ISLAM". PPIM. 15 Januari 2020. Dicapai pada 29 Ogos 2022.
- ^ "Malakat Mall Kembali Dapat Sambutan Pengunjung". Samudera. 19 Ogos 2022. Dicapai pada 29 Ogos 2022.
- ^ NORDEN MOHAMED (9 September 2020). "Lahirnya pasar besar orang Melayu". Sinar Harian. Dicapai pada 29 Ogos 2022.
- ^ Bernama (2 Mei 2020) Malakat Mall eyes RM300 mil revenue
- ^ Malaysiagazette (15 Mac 2020) Aura BMF jadi tarikan Malakat Mall
- ^ Abd. Halim Hadi (18 Ogos 2022). "Kenapa kami solat di lobi mall – Pengasas Malakat". Malakat Tribun News. Dicapai pada 29 Ogos 2022.
- ^ Nasuruden, Izzat (February 23, 2022). "Malakat Mall Masjid Tanah terpaksa keluar, pindah lokasi". UtusanTV.
- ^ hamat, salman (2022-02-23). "Malakat Mall Masjid Tanah 'pindah ke rumah yang lebih kecil'". Dicapai pada 2024-07-27.
- ^ Kaur, Sharen (2024-07-18). "Malakat Mall: End of an era | New Straits Times". NST Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-07-27.
- ^ Kasinathan, Shathana (2024-07-26). "Goodbye Malakat Mall: Vendors & shoppers share thoughts on Cyberjaya's closing "ghost mall"". Vulcan Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-07-27.