Negara | Malaysia |
---|---|
Bahasa | Bahasa Melayu |
Genre | Cereka |
Penerbitan | |
Penerbit | Eyeroom editor & publisher |
Tarikh penerbitan | 2013 |
Jenis media | Buku eletronik |
Buku Malaikat Dunia ialah sebuah buku eletronik yang diterbitkan di Malaysia pada 2013. Ia diterbitkan oleh Eyeroom editor & publisher dalam Bahasa Melayu. Malaikat Dunia adalah sebuah i-Novel yang telah diolah daripada kisah sebenar yang dihasilkan oleh Maharatu Rafidah Mohamad yang diterbitkan oleh Eyeroom editor & publisher pada tahun 2013. Ia telah diterjemahkan ke dalam empat bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis, Bahasa Itali dan Bahasa Jerman.
Ringkasan
Ia telah mendapat gelaran i-Novel Sad Story 2013. i-Novel Malaikat Dunia ini mengisahkan Malaikat Dunia diterbitkan pada 2013. Sebuah kisah silam yang terukir di hati sekeras batu telah hancur akibat dendam dan kebencian.
Rasa itu turut memusnahkan malaikat dunia yang menjadi pelindung hati. Alijah yang egitu muak dengan kehidupan miskinnya, melempiaskan rasa amukan hatinya itu kepada darah dagingnya sendiri iaitu anaknya, Sharielda. Sharielda sentiasa sahaja bertahan menerima segala kemarahan dan kebencian ibunya sejak dia kecil lagi kerana Sharielda menyakini bahawa dia adalah malaikat dunia untuk Alijah yang mana adalah hatinya. Setelah Alijah menghalau Sharielda keluar dari rumah, Sharielda dipertemukan dengan Nazhif Ammar yang mana Nazhif Ammar adalah seorang lelaki yang melindungi malaikat dunia sebenar untuk Sharielda.
Sharielda menjadi pengasuh kepada anak Nazhif Ammar tanpa menyedari bahawa anak Nazhif Ammar itu sebenarnya adalah anak Sharielda sendiri apabila Sharielda terpaksa menjual ovum miliknya kepada seorang wanita yang sanggup membayar untuk memiliki ovum sesiapa sahaja. Sharielda yang tidak punya daya upaya itu terpaksa nekad dengan keputusan itu agar Alijah tidak menghalaunya dari rumah dan menyuruh Sharielda mencari duit bagi membayar yuran pengajian abang dan adiknya. Sharielda dengan berat hati menuruti keputusannya itu dan dia juga tidak mengetahui bahawa anak yang diasuhnya itu adalah anaknya sendiri sehinggalah perkara itu dijelaskan oleh seorang doktor yang diupah oleh bekas isteri Nazhif Ammar sendiri.
Setelah mengetahui perkara itu, Alijah semakin marah dan berdendam dengan Sharielda sehinggakan Alijah sanggup datang ke Kuala Lumpur semata-mata untuk memaki hamun Sharielda sendiri. Alijah yang ingin menyelamatkan anak sulungnya daripada ditembak itu membuatkan peluru itu merosakkan hati Alijah. Sharielda yang juga menghidap kanser buah pinggang itu mendermakan separuh hatinya kepada Alijah namun Sharielda tidak mampu diselamatkan dalam operasi pembedahan tersebut.