Makmal Negara Los Alamos | |
---|---|
Ralat Lua pada baris 384 di Modul:Mapframe: attempt to perform arithmetic on local 'lat_d' (a nil value). | |
Maklumat umum | |
Jenis | Makmal |
Lokasi | Los Alamos, Amerika Syarikat |
Negara | Amerika Syarikat |
Koordinat | 35°52'32"U 106°19'27"B |
Pembinaan bermula | 1943 |
Disiapkan pada | 1943 |
Dirasmikan pada | 1943 |
Pengendali | Triad National Security (United States) (en) |
Butiran teknikal | |
Keluasan permukaan | National Register of Historic Places listed place (en) : 13 acre |
Tapak web | |
https://www.lanl.gov/ | |
sunting · sunting di Wikidata |
Makmal Negara Los Alamos (LANL) ialah sebuah makmal negara Jabatan Tenaga Amerika Syarikat yang asalnya ditubuhkan pada Perang Dunia Ke-2 untuk rekaan senjata nuklear untuk menjadikannya sebahagian daripada Projek Manhattan.
Misi Makmal Negara Los Alamos ialah menyelesaikan cabaran keselamatan negara melalui kecemerlangan saintifik.[1] Di sekitar kawasan LANL yang seluas 43 batu persegi, terdapat 2000 kawasan pembuangan sisa yang telah mencemarkan alam sekitar secara berkekalan. Dengan sokongan Yayasan Sains Negara, LANL mengendalikan 1 daripada 3 Makmal Medan Magnet Tinggi Negara bersama-sama dengan 2 kawasan lain Universiti Negeri Florida di Tallahassee dan universiti Florida di Gainesville. Pada tahun 2005, Kongres mengadakan perbicaraan baru tentang isu keselamatan yang masih belum diselesaikan di Makmal Negara Los Alamos di New Mexico. LANL ialah institusi yang paling besar di New Mexico dan pemberi pekerjaannya paling besar dengan kira-kira 9000 pekerja secara langsung dan kira-kira 650 kontraktor khas.