Makanan kaum Kadazan merupakan identiti dan pengenalan bagi kaum Kadazan. Masyarakat Kadazandusun memiliki pelbagai hidangan yang unik. Hidangan-hidangan ini biasanya banyak disediakan di musim perayaan seperti Pesta Kaamatan yang dirayakan setiap tahun iaitu 30 dan 31 Mei.
Selain pada hari perayaan, suku kaum Kadazandusun yang tinggal di kampung, masih mengamalkan cara masakan atau hidangan secara tradisional ini secara harian. Selain itu ia juga menjadi hidangan istimewa bagi acara istimewa seperti perkahwinan dan majlis lain di adakan oleh suku kaum Kadazandusun.
Makanan tradisi suku kaum Kadazandusun terdiri daripada pelbagai jenis kerana keadaan semulajadi bentuk muka buminya banyak membekalkan sumber pencarian makanan.
Antara makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazandusun ialah Hinava, Noonsom, Pinaasakan, Bosou, dan Sup Manuk Lihing , Linopot. Makanan-makanan ini dapat disediakan dengan pelbagai cara mengikut kebiasaan amalan tradisi Kaum Kadazandusun.
Pautan luar
- (Melayu) Makan-makan di Sabah - Sabah siri 4
- (Melayu) Warisan Budaya Kaum Kadazandusun.
- (Melayu) Resipi Hivana yu.