Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 1964 |
Agensi terdahulu |
|
Bidang kuasa | United Kingdom |
Ibu pejabat | Whitehall, Westminster, London |
Eksekutif agensi |
|
Majlis Pertahanan United Kingdom (Defence Council of the United Kingdom) ialah badan pentadbir tertinggi Angkatan Tentera British. Ia telah ditubuhkan oleh Akta 1964 Pertahanan (Pemindahan Fungsi), yang secara berkanun mewakilkan kuasa ketenteraan Raja, selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera British, kepada Majlis Pertahanan. Ia memiliki kuasa "pemerintahan dan pentadbiran" ke atas angkatan tentera.
Majlis Pertahanan terdiri daripada Lembaga Pertahanan, jawatankuasa utamanya serta Lembaga Admiralti, Lembaga Tentera Darat dan Lembaga Tentera Udara. Lembaga Pertahanan dipengerusikan oleh Setiausaha Negara bagi Pertahanan, iaitu menteri diraja dengan "tanggungjawab am bagi pertahanan" negara United Kingdom.[2]
Fungsi
Sebelum tahun 1964, terdapat lima kementerian yang bertanggungjawab untuk Angkatan Tentera British: iaitu Admiralti, Pejabat Perang, Kementerian Tentera Udara, Kementerian Penerbangan Awam, dan sebuah Kementerian Pertahanan yang lebih kecil. Melalui perintah majlis yang dikeluarkan oleh Akta 1964 Pertahanan (Pemindahan Fungsi),[3] fungsi badan-badan ini telah dipindahkan ke Majlis Pertahanan dan Setiausaha Negara bagi Pertahanan, yang mengetuai Kementerian Pertahanan yang lebih besar.
Setiausaha Negara bagi Pertahanan, yang merupakan ahli Kabinet, mempengerusikan Majlis Pertahanan, dan bertanggungjawab kepada Raja dan kepada Parlimen untuk urusannya. Surat paten yang membentuk Majlis Pertahanan memberinya kuasa pemerintahan ke atas Angkatan Bersenjata Baginda dan diberikan tanggungjawab untuk pentadbiran, atau dalam perkataan surat paten:
…to administer such matters pertaining to Our Naval Military and Air Forces as We through Our Principal Secretary of State for Defence direct them to execute And to have command under Us of all Officers Ratings Soldiers and Airmen of Our Naval Military and Air Forces…
Pada praktiknya, Majlis Pertahanan adalah sebuah badan rasmi, dan hampir semua kerjanya dikendalikan oleh Lembaga Pertahanan. Selain itu, tiga lembaga tentera (iaitu Lembaga Admiralti, Lembaga Tentera Darat dan Lembaga Tentera Udara), yang merupakan jawatankuasa kecil Majlis Pertahanan bermesyuarat setiap tahun untuk setiap panglima perkhidmatan melaporkan kepada Setiausaha Negara tentang keteguhan perkhidmatan masing-masing.[4]
Keahlian
Setakat November 2024 keahlian Majlis Pertahanan adalah seperti berikut:[5][6]
Keahlian | Jawatan | Nama |
---|---|---|
Politik | Setiausaha Negara bagi Pertahanan (Pengerusi) | Grant Shapps MP |
Menteri Negara (Menteri bagi Perolehan Pertahanan) |
James Cartlidge MP | |
Menteri Negara di Dewan Pertuanan | Baroness Goldie | |
Menteri Negara (Menteri bagi Angkatan Tentera) |
James Heappey MP | |
Setiausaha Rendah Parlimen bagi Pertahanan Rakyat, Veteran dan Keluarga Tentera | Andrew Murrison MP | |
Perkhidmatan Awam Baginda | Setiausaha Rendah Tetap Negara bagi Pertahanan | David Williams |
Setiausaha Rendah Tetap Kedua Negara bagi Pertahanan | Paul Lincoln | |
Ketua Pengarah Kewangan | Kate Harrison | |
Ketenteraan | Ketua Turus Pertahanan | Laksamana Sir Tony Radakin |
Naib Ketua Turus Pertahanan | Jeneral Gwyn Jenkins | |
First Sea Lord dan Ketua Turus Tentera Laut | Laksamana Sir Ben Key | |
Ketua Turus Am | Jeneral Sir Patrick Sanders | |
Ketua Turus Udara | Ketua Marsyal Udara Sir Richard Knighton | |
Panglima Markas Strategik | Jeneral Sir James Hockenhull |
Lembaga Pertahanan
Lembaga Pertahanan digambarkan sebagai jawatankuasa tertinggi Kementerian Pertahanan, bertanggungjawab bagi hal ehwal penuh pertahanan selain daripada pengendalian operasi.[7] Ia bermesyuarat setiap bulan dan menyediakan hala tuju strategik dan pengurusan hal-hal pertahanan.[8]
Keahlian | Jawatan | Nama |
---|---|---|
Politik | Setiausaha Negara bagi Pertahanan (Pengerusi) | Grant Shapps MP |
Menteri Negara (Timbalan) | Baroness Goldie | |
Perkhidmatan Awam Baginda | Setiausaha Rendah Tetap Negara bagi Pertahanan | David Williams |
Setiausaha Rendah Tetap Kedua Negara bagi Pertahanan | Paul Lincoln | |
Ketua Pengarah Kewangan | Charlie Pate | |
Ketenteraan | Ketua Turus Pertahanan | Laksamana Sir Tony Radakin |
Naib Ketua Turus Pertahanan | Jeneral Gwyn Jenkins | |
Ahli lembaga bukan eksekutif | Ketua Ahli Lembaga Bukan Eksekutif | Brian McBride |
Pengerusi Jawatankuasa Audit Pertahanan | Simon Henry | |
Pengurus Lembaga Pertahanan | Robin Marshall | |
Pengerusi Jawatankuasa Rakyat | Danuta Grey |
Rujukan
- ^ "Ben Wallace Named New Defence Secretary". Forces Network (dalam bahasa Inggeris). 25 July 2019. Dicapai pada 23 September 2019.
- ^ a b "Defence Council". Ministry of Defence. Dicapai pada 11 February 2011.
- ^ "No. 43277". The London Gazette. 20 March 1964. m/s. 2545.
- ^ "How Defence Works" (PDF). assets.publishing.service.gov.uk. m/s. 18. Dicapai pada 14 September 2023.
- ^ MOD website
- ^ "No. 64139". The London Gazette. 10 August 2023. m/s. 15970.
- ^ "Our Governance". Ministry of Defence. Dicapai pada 16 June 2016.
- ^ "How Defence Works (December 2015)" (PDF). Ministry of Defence. Dicapai pada 16 June 2016.