Majlis Perbandaran Kulim | |
---|---|
Jenis | |
Jenis | Kerajaan Tempatan |
Sejarah | |
Diasaskan | 30 Ogos 2001 |
Didahului oleh | Majlis Tempatan |
Kepimpinan | |
Yang Dipertua | Dato' Haji Elmi bin Yusoff |
Struktur | |
Ahli | 24 orang ahli majlis |
Moto | |
Dedikasi Ke Arah Kecemerlangan | |
Tempat persidangan | |
Majlis Perbandaran Kulim
No 1 Lebuh Bandar 2 Bandar Putra 09000 Kulim, Kedah | |
Laman sesawang | |
https://pbt.kedah.gov.my/index.php/majlis-perbandaran-kulim/ | |
Perlembagaan | |
Akta Kerajaan Tempatan 1976 | |
sunting |
Majlis Perbandaran Kulim bertanggungjawab menguruskan hal pentadbiran kerajaan tempatan di Daerah Kulim, Kedah.
Nama sebelum
Majlis Bandaran Kulim (1957 - 1967)
Lembaga Bandaran Kulim (1967 - 1978)
Majlis Daerah Kulim (1978 - 2001)
Majlis Perbandaran Kulim (2001-sekarang)
Sejarah
Sejarah Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) bermula apabila memorandum kenaikan taraf Majlis Daerah Kulim ke Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) yang bertarikh 10 Julai 1996 telah dihantar ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman berikutan persetujuaan Mesyuarat Majlis Penuh antara Ketua-Ketua Jabatan (Pegawai Pentadbir Negeri) pada 29 Mac 1995. Pada Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Kerajaan Tempatan Negeri Kedah Darul Aman 1997 yang mana jawatankuasa telah mengkaji kenaikan taraf Pihak Berkuasa Tempatan yang bertarikh 22 April 1997 supaya pihak Majlis Daerah Kulim mengemukakan beberapa fakta tambahan seperti mana yang digariskan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya ia dapat dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan.
Pada 28 Februari 1998 Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah mengadakan satu mesyuarat yang berkaitan dengan pertimbangan untuk menaikkan taraf Majlis Daerah Kulim kepada Majlis Perbandaran Kulim. Hal ini berikutan permohonan pihak majlis yang lalu melalui Memorandom Majllis Daerah Kulim (PSU(K) 174/1417) menurut Seksyen 3(d) dan 4(2) Akta Kerajaan Tempatan 1997 (Akta 171) mulai 1 Januari 1997 dan telah membenarkan pihak majlis menyusun dan memperkemaskan struktur organisasi dan juga jumlah kakitangan yang mencukupi seperti penjawatan yang telah dicadangkan di lampiran T kertas 7(F) 63/98 sejajar dengan pengiktirafan Majlis Perbandaran.
Pada 16 November 1998, YB Dato’ Tin Chew Peh bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah memberi sokongan ke atas kenaikan taraf Majlis Daerah Kulim kepada Majlis Perbandaran Kulim (MPKK). Penantian untuk dinaikkan taraf kepada Majlis Perbandaran selama tiga tahun tidak membuahkan hasil berikutan terdapat beberapa sebab yang tertentu. Menjelang tahun 2001, selepas tiga tahun berlalu YB Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Syed Razak Syed Zain telah mengemukakan rayuan yang bertarikh rayuan 22hb Febuari 2001 kepada Y.B Dato’ Seri Ong Ka Ting Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengenai Rayuan mempercepatkan Proses Kenaikan Taraf Majlis Daerah Kulim kepada Majlis Perbandaran Kulim disegerakan.
Berikutan dengan itu, maka pada 6 Jun 2001 satu Mesyuarat Khas Ketua Bahagian dan Unit (Kenaikan Taraf Majlis Perbandaran) telah diadakan untuk membincangkan persiapan yang berkaitan dengan Majlis Pengisytiharan Majlis Perbandaran Kulim (MPKK). Pada tanggal 30 Ogos 2001 telah diadakan Majlis Pengisytiharan MPKK di Stadium Keladi, Kulim dengan disaksikan oleh ribuan kelompok masyarakat Daerah Kulim. DYMM Tuanku Sultan Kedah Sultan Abdul Halim telah mengisytiharkan Majlis Daerah Kulim ke Majlis Perbandaran Kulim. Maka dengan ini, mulai 1 Ogos 2001 Majlis Daerah Kulim (MDK) telah dinaikkan taraf ke Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK). Percantuman ini melibatkan beberapa buah majlis tempatan seperti berikut:
- Majlis Bandaran Kulim
- Lembaga Bandaran Kulim
- Majlis Tempatan Lunas
- Majlis Tempatan Padang Serai
- Majlis Tempatan Junjung
- Majlis Tempatan Mahang
- Majlis Tempatan Merbau Pulas