Majlis Perbandaran Hulu Selangor مجليس دايره هولو سلاڠور | |
---|---|
MPHS | |
Jenis | |
Jenis | |
Sejarah | |
Diasaskan | 1 Januari 1975 |
Didahului oleh | Majlis Daerah Hulu Selangor |
Kepimpinan | |
Yang Dipertua | YBRS. PUAN JULAIHAH BINTI JAMALUDIN (sejak 1 Ogos 2024) |
Struktur | |
Ahli | 25 orang ahli majlis |
Moto | |
MAJU PERKASA HASIL SEMUA | |
Tempat persidangan | |
Jalan Bukit Kerajaan, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan. | |
Laman sesawang | |
www | |
Perlembagaan | |
Akta Kerajaan Tempatan 1976 | |
sunting |
Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) merupakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mentadbir Daerah Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan. Pentadbiran Majlis Perbandaran Hulu Selangor berpusat di Kuala Kubu Bharu mukim Ampang Pechah.
Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dinaik taraf status perbandaran pada 21 Oktober 2021 dan diperkenan oleh DYMM Sultan Selangor.
Sejarah, Bandar dan Mukim
Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) ditubuhkan pada 1 Januari 1975 mengikut Seksyen 4 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). MPHS adalah hasil gabungan :
- Majlis Tempatan Asam Kumbang
- Majlis Tempatan Kalumpang
Luas keseluruhan kawasan yang ditadbir oleh Majlis sehingga tahun 2015 adalah 175,670.11 hektar yang meliputi 14 mukim iaitu:.
- Mukim Ulu Bernam
- Mukim Sungai Tinggi
- Mukim Sungai Gumut
- Mukim Kuala Kalumpang
- Mukim Kalumpang
- Mukim Kerling
- Mukim Buloh Telor
- Mukim Ampang Pechah
- Mukim Peretak
- Mukim Rasa
- Mukim Batang kali
- Mukim Ulu Yam
- Mukim Serendah
- Mukim Bandar Sungai Chik
Kawasan yang ditadbir oleh MPHS merangkumi 13 kawasan utama berikut:
- Hulu Bernam
- Kalumpang
- Kerling
- Kuala Kubu Bharu
- Bandar Rasa
- Batang Kali
- Ulu Yam
- Serendah
- Sungai Choh
- Bukit Beruntung
- Bukit Sentosa
- Bandar Baru Sungai Buaya
- Lembah Beringin
Luas Kawasan Pentadbiran | Hektar |
---|---|
Kawasan pentadbiran MPHS yang asal | 5,501.42 |
Pertambahan kawasan baru | 21,536.29 |
Jumlah keluasan MPHS | 27,037.71 |
Keluasan Daerah Hulu Selangor | 175,670.11 |
Mulai 21 Oktober 2021 Majlis Daerah Hulu Selangor Dinaiktaraf Kepada Majlis Perbandaran Hulu Selangor.
Misi, Visi & Objektif
Peranan
- Pihak berkuasa tempatan adalah kerajaan diperingkat tempatan yang bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan dan melaksanakan pembangunan ekonomi, sosial, fizikal dan persekitaran bandar mengikut sempadan pentadbiran yang telah diwartakan.
Disamping bertanggungjawab kepada Kerajaan Negeri, Kerajaan Tempatan juga berperanan memberi perkhidmatan seperti berikut:
- Pembekal Perkhidmatan
- Pihak Berkuasa Perancang Tempatan
- Pemangkin Pembangunan Sosial & Ekonomi
- Pelindung Alam Sekitar Bandar
- Pengutip Hasil Cukai
Misi
- Menyediakan Perkhidmatan Perbandaran dan Membangunkan Sosio-Ekonomi Bagi Meningkatkan Kualiti Kehidupan.
Visi
- Hulu Selangor Maju, Dinamik, Harmoni dan Sejahtera.
Objektif
- Memberi serta menyediakan perkhidmatan perbandaran kepada semua penduduk dalam kawasan Majlis Perbandaran Hulu Selangor
Moto MPHS
- MAJU PERKASA HASIL SEMUA
Slogan MPHS
- DARIPADA ANDA UNTUK ANDA
Mukim di bawah Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS)
Majlis Perbandaran Hulu Selangor mentadbir seluruh kawasan di dalam daerah Hulu Selangor.
Mukim yang berada di bawah MPHS ialah mukim Hulu Bernam, Kuala Kalumpang, Kalumpang, Kerling, Ampang Pechah, Sungai Tinggi, Sungai Gumut, Rasa, Serendah, Batang Kali, Hulu Yam, Peretak dan Buloh Telor.
Wakil Rakyat
Ahli Parlimen
- Ahli Parlimen Hulu Selangor
- YB Tuan Hasnizan Harun
Ahli Dewan Negeri (ADN)
- ADN Hulu Bernam
- YB Tuan Muiz Mahyuddin
- ADN Kuala Kubu Bharu
- YB Tuan Lee Kee Hiong
- ADN Batang Kali
- YB Tuan Muhaimin Harith