Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet Negara Brunei 2018–2022 | |
---|---|
Kabinet Brunei ke-7 | |
Tarikh dibentuk | 30 Januari 2018 |
Tarikh dibubarkan | 7 Jun 2022 |
Orang dan pertubuhan | |
Ketua negara | Sultan Hassanal Bolkiah, Sultan Brunei |
Ketua kerajaan | Sultan Hassanal Bolkiah, Perdana Menteri |
Bilangan menteri | 16 |
Sejarah | |
Pilihan raya | Tiada |
Pendahulu | Kabinet 2015 |
Pengganti | Kabinet 2022 |
Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet 2018–2022 merupakan kabinet bagi kerajaan Brunei dari tahun 2018 hingga 2022. Kabinet tersebut telah diumumkan oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah pada 30 Januari 2018 dan merupakan rombakan kabinet dari tahun 2015. Ia sepatutnya dirombak pada tahun 2020 namun telah dirombak secara mengejut oleh Sultan Brunei sendiri pada 2018.[1][2] Kabinet ini berakhir pada 7 Jun 2022 selepas Sultan Brunei mengumumkan barisan kabinet baharu[3].
Senarai
Berikut ialah senarai ahli-ahli dalam Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet dari 30 Januari 2018[1]:
Jawatan | Penyandang | |
---|---|---|
Perdana Menteri | KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah | |
Penasihat Khas Sultan (bertaraf Menteri) | YB Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Haji Awang Ibrahim | |
Kementerian | Menteri | Timbalan Menteri |
Jabatan Perdana Menteri | DYTM Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (Menteri Kanan) | Datin Dayang Hajah Elinda binti C.A. Mohamed |
YB Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Haji Awang Ibrahim (Menteri) | ||
Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud (Menteri) | ||
Kementerian Pertahanan | KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah | |
YB Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof | ||
Kementerian Kewangan | KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah | Dato Paduka Awang Ahmaddin bin Haji Abd. Rahman |
YB Dato Seri Paduka Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah (Menteri II) | ||
Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan | KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah | |
YB Dato Seri Paduka Awang Haji Erywan bin Haji Mohd Yusof (Menteri II) | ||
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri | YB Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong | |
Kementerian Hal Ehwal Ugama | YB Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Awang Othman | Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar |
Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan | YB Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong | |
Kementerian Kesihatan | YB Dato Paduka Dr. Awang Haji Mohd Isham bin Jaafar | |
Kementerian Pembangunan | YB Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar | |
Kementerian Tenaga dan Perindustrian | YB Dato Paduka Dr. Awang Haji Mat Suny bin Haji Md. Hussien | Dato Paduka Awang Haji Matsatejo bin Sokiaw |
Kementerian Pendidikan | YB Dato Paduka Awang Haji Hamzah bin Sulaiman | Datin Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh |
Kementerian Perhubungan | YB Awang Abdul Mutalib bin Haji Mohammad Yusof | |
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan | YB Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Haji Abidin |
Rujukan
- ^ a b Asgar, Abdullah (30 Januari 2018). "Berkenan umumkan pelantikan kabinet baharu". Pelita Brunei. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-04. Dicapai pada 22 Ogos 2018.
- ^ Sim, Y.H.; Yahya, Salawati (31 Januari 2018). "Kabinet dirombak". Media Permata Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-17. Dicapai pada 22 Ogos 2018.
- ^ AGENSI (Jun 8, 2022). "Sultan Brunei rombak Kabinet, menteri wanita pertama dilantik". BH. Dicapai pada 25 Julai 2022.