Majlis Daerah Ranau (MDR)[1] ditubuhkan untuk mengurus dan mentadbir kawasan Ranau di Sabah. Ia memainkan peranan penting dalam pembangunan infrastruktur, perkhidmatan awam, dan penyelenggaraan kebersihan di kawasan tersebut. Majlis ini juga bertanggungjawab dalam melaksanakan undang-undang kecil dan memastikan kesejahteraan penduduk setempat.
| Majlis Daerah Ranau | |
|---|---|
![]() | |
| Jenis | |
| Jenis | Kerajaan Tempatan |
| Sejarah | |
| Diasaskan | 1 Januari 1962 |
| Kepimpinan | |
Pegawai Eksekutif | Elmer Endra Datuk Matius Sator |
| Struktur | |
| Ahli | - |
| Tempat persidangan | |
| Peti Surat 57, Jalan Kembar Pekan, Pekan Ranau, 89308 Ranau, Sabah | |
| Laman sesawang | |
| https://mdranau.sabah.gov.my/ | |
| Perlembagaan | |
| Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 | |
| sunting | |
Sejarah
Latar Belakang
Majlis Daerah Ranau (MDR) ditubuhkan pada 1 Januari 1962 dimana bidang kuasanya meliputi keseluruhan kawasan Daerah Ranau tetapi operasinya tertumpu di kawasan percukaian (rating area) di sekitar Pekan Ranau seluas 1,610 ekar (652 Hektar) dan Kundasang seluas 10,399 ekar (4,172 Hektar). Penubuhan Majlis Daerah Ranau adalah berdasarkan Ordinan Kerajaan Tempatan 1962
Visi dan Misi
VISI
MAJLIS DAERAH RANAU BERILTIZAM UNTUK MEWUJUDKAN SEBUAH PEKAN YANG TERANCANG, BERSIH, SEJAHTERA DAN BERBUDAYA MENJELANG TAHUN 2025
MISI
Meningkatkan kualiti hidup penduduk dalam kawasan Majlis Daerah Ranau melalui penyampaian perkhidmatan yang cekap, berkesan dan berintegriti:
- Mewujudkan pembangunan yang mampan sebagai penjana kepada kesinambungan antara pembangunan sosial dan ekonomi;
- Mewujudkan sistem bandar yang terancang dan dilengkapi dengan infrastruktur yang tersusun, sistem telekomunikasi yang teratur, teknologi dan mekanikal sejajar dengan piawaian wawasan Negara ke Arah Kerajaan Demokrasi dan Berinformasi;
- Memelihara alam sekitar yang sempurna dengan landskap yang teratur;
- Mewujudkan suasana persekitaran yang lebih bersih, selesa dan selamat.
Objektif
Enam objektif Strategik utama dikenal pasti bagi membantu warga kerja Majlis Daerah Ranau melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan serta menangani cabaran-cabaran yang berbangkit dalam merealisasikan visi dan misi yang ditetapkan:
- Meningkatkan keupayaan dan kapasiti Majlis bagi memantapkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan.
- Memperkasa tadbir urus Majlis dan pembudayaan nilai-nilai murni ke arah kecemerlangan organisasi.
- Memperkukuh dan memantapkan sumber hasil Majlis bagi merancang pembangunan dan pelaksanaan program.
- Mempertingkatkan kualiti hidup komuniti untuk mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian.
- Memantapkan kolaborasi strategik bagi melicinkan pelaksanaan program.
- Mempergiat pembangunan bandar dan desa serta pengukuhan sosio-ekonomi secara holistik untuk kesejahteraan masyarakat.
Fungsi
Fungsi-fungsi Majlis Daerah Ranau dinyatakan dalam Seksyen 49 (1) Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 dan Instrument Majlis Daerah Ranau Seksyen 14 seperti berikut:
- Untuk mengenakan dan mengutip cukai di kawasan dalam bidangkuasa Pihak Berkuasa Tempatan, contohnya cukai pintu, cukai tanah dan lain-lain.
- Untuk mengadakan Undang-Undang Kecil (By-Laws) seperti Undang-Undang Kecil Letak Kereta, Undang-Undang Kecil Perlesenan Perniagaan, Gerai Jaja dan lain-lain.
- Untuk menyediakan tempat-tempat kemudahan untuk perniagaan seperti pasar, kawasan gerai makan/minum dan lain-lain.
- Untuk menyediakan dan menyelenggara jalanraya luarbandar dan tempat-tempat kemudahan rekreasi seperti padang permainan, kolam renang, tempat berehat, kawasan permainan kanak-kanak dan lain-lain.
- Untuk mengadakan Kumpulan Wang Sendiri bagi membiayai perkhidmatannya dan beberapa projeknya.
- Tugas-tugas yang diarahkan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dari semasa ke semasa.
| UNIT | Fungsi dan Peranan |
|---|---|
| Pentadbiran | Sumber manusia |
| Kewangan | Kutipan hasil, kutipan tertunggak, penilaian harta benda, pembayaran projek/pembelian, memungut SES Tanah dan perlesenan. |
| Pembangunan | Melaksanakan dan memantau projek persekutuan dan negeri, memproses pelan dan sub division, memantau/membaiki lampu jalan dan pengurusan ICT. |
| Kesihatan | Kebersihan pekan merangkumi parit dan kawalan sampah sarap termasuk pelupusan sampah, kutipan sampah di kawasan perkadaran dan melaksanakan dan memantau landskap. |
| Penguatkuasa | Menguatkuasakan undang-undang kecil Majlis, memantau serta mengeluarkan notis amaran atau kompaun. |
Rujukan
- ^ "MAJLIS DAERAH RANAU". mdranau.sabah.gov.my. Dicapai pada 2024-12-04.










