Majlis Daerah Lenggong | |
---|---|
Jenis | |
Jenis | Kerajaan Tempatan |
Sejarah | |
Didahului oleh | 1 Disember 1979 |
Kepimpinan | |
Yang Dipertua | Tuan Mohd Amzari bin Mohd Arzami (sejak 2021) |
Struktur | |
Ahli | 16 orang ahli majlis |
Moto | |
Bersatu Teguh | |
Tempat persidangan | |
Majlis Daerah Lenggong
Jalan Alang Iskandar 33400 Lenggong | |
Laman sesawang | |
https://www.mdlg.gov.my/ | |
Perlembagaan | |
Akta Kerajaan Tempatan 1976 | |
sunting |
Majlis Daerah Lenggong ialah sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang beroperasi di Pekan Lenggong, Daerah Hulu Perak, Perak. Daerah Hulu Perak merupakan sebuah daerah yang terbesar di Negeri Perak sehingga terdapat tiga Pihak Berkuasa Tempatan mentadbir di daerah ini.
Pekan Lenggong adalah pusat pentadbiran yang terletak ditengah-tengah kawasan iaitu di sebelah selatan 62 kilometer dari Bandar Diraja Kuala Kangsar dan sebelah utara 57 kilometer dari Gerik iaitu Pusat Pentadbiran bagi Daerah Hulu Perak.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Majlis Daerah Lenggong merupakan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang diberi kuasa di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) untuk memberi perkhidmatan perbandaran kepada penduduk-penduduk dalam kawasan Majlis Daerah Lenggong. Majlis Daerah Lenggong ditubuhkan pada 1 DIsember 1979. Kelulusan kawasan pentadbiran berjumlah 100,825.46 hektar dengan jumlah penduduk seramai lebih kurang 22,219 orang.
Ahli Majlis
[sunting | sunting sumber]Seramai 16 orang ahli majlis dilantik oleh Kerajaan Negeri bagi membantu mentadbir kawasan ini.