Cari majlis dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
Majlis (dari bahasa Arab: مجلس Majalis, yang bermakna "sebuah tempat berduduk") adalah sejenis jawatankuasa yang biasanya bertujuan untuk mentadbir atau mengetuai sesuatu pertubuhan. Majlis biasanya berkhidmat bagi pelbagai jenis fungsi.
Majlis boleh merujuk kepada:
Politik
- Dewan bandar raya, satu bentuk kerajaan tempatan
- Majlis perbandaran, satu bentuk kerajaan tempatan
- Majlis karyah, satu bentuk kerajaan tempatan di United Kingdom
- Majlis kaunti, majlis yang mentadbir sebuah kaunti di British Isles
- Majlis komuniti, badan perwakilan tempatan yang rasmi di Scotland dan Wales
- Majlis (subbahagian negara), satu kawasan kerajaan tempatan di Australia
- Majlis Negeri, satu organ kerajaan di banyak negara
- Majlis Eropah, satu pertubuhan politik antara kerajaan yang mengandungi 47 negara ahli
- Majlis Kesatuan Eropah, dewan tertinggi di dalam Kesatuan Eropah (EU)
- Dewan Eropah, badan yang terdiri daripada ketua negara atau kerajaan Kesatuan Eropah
- Majlis Keselamatan Kebangsaan atau Majlis Keselamatan Negara, satu cawangan bagi badan eksekutif kerajaan bagi mengkoordinasikan polisi isu-isu keselamatan negara
- Majlis privi, satu badan yang menasihat ketua kerajan bagi sesebuah negara
- Majlis Penyelidikan UK, satu agensi kerajaan yang bertanggungjawab bagi bidang-bidang penyelidikan tertentu di United Kingdom
- Majlis Keselamatan PBB, satu badan pembuat keputusan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan salah satu organ terpenting di arena politik antarabangsa
- Majlis buruh, satu gabungan persatuan buruh atau cabang di kawasan yang diberi
- Majlis kerja, pertubuhan "bahagian pengeluaran" yang mewakili pekerja
- Majlis pekerja, majlis yang terdiri dari ahli kelas pekerja atau golongan murba.
Badan bukan kerajaan
- Majlis kesenian, pertubuhan bukan kerajaan atau swasta yang bertujuan khusus mempromosikan seni
- Majlis peguam, badan profesional yang mengawal profesion peguam (di UK bersama dengan Inns of Court)
- Majlis Buddha, peristiwa bersejarah penting dalam sejarah agama Buddha
- Majlis menyatupadukan mazhab Kristian, mesyuarat biskop seluruh gereja bersidang untuk membincangkan dan menyelesaikan perkara doktrin dan amalan Gereja
- Majlis pelajar, pertubuhan pelajar di banyak sekolah, kolej dan universiti
- Majlis universiti, majlis yang mentadbir universiti
- Majlis remaja, satu contoh suara remaja yang terlibat dengan pembuat keputusan yang dipimpin oleh remaja.