Suizei | |
---|---|
Maharaja Jepun | |
Pemerintahan | 581 SM – 549 SM (tradisional)[1] |
Keputeraan | 632 SM |
Mangkat | 549 SM (83 tahun) |
Dimakamkan | Tsukida no oka no e no misasagi (Nara) |
Pendahulu | Maharaja Jimmu |
Pengganti | Maharaja Annei |
Maharaja Suizei (綏靖天皇 , Suizei-tennō), kadang-kadang dirumikan sebagai Suisei[2] dan baginda juga dikenali sebagai Kamu-nuna-kaha-mimi no mikoto. Baginda ialah Maharaja Jepun yang kedua,[3] mengikut tradisi susunan perwarisan.[4]
Tiada tarikh yang tepat untuk kehidupan maharaja ini, tetapi kebiasaannya dianggap memerintah dari tahun 581 SM sehingga tahun 549 SM.[5]
Kisah lagenda
Para sarjana moden mempersoalkan tentang kewujudan sekurang-kurangnya sembilan maharaja yang terawal. Salah seorang keturunan Maharaja Suizei, Maharaja Sujin merupakan maharaja pertama yang diakui kewujudannya.[6] Suizei-tennō ialah nama postumus atau nama kematian yang diberi oleh generasi kemudian.[7]
Maharaja Suizei dianggap oleh ahli sejarawan sebagai "maharaja lagenda" dan informasi tentang baginda adalah sedikit. Terlalu sedikit bahan yang ada untuk kajian yang lebih lanjut.[8] Maharaja ke 29, Maharaja Kimmei (509?–571 M),[9] merupakan maharaja yang pertama dapat disahkan tarikhnya dari penulisan sejarah kontemporari.[10] Walaubagaimanapun, kebiasaanya nama dan tarikh maharaja-maharaja terawal yang tidak dapat dipastikan dianggap "tradisional" sehingga pemerintahan Maharaja Kammu (737-806), maharaja ke 50 Dinasti Yamato.[11]
Rekod tentang baginda dan susur galurnya didalam Kojiki adalah sedikit. Dalam buku sejarah klasik Jepun, Nihonshoki, ceritanya lebih luas tetapi mempunyai unsur-unsur mitos, dan mempunyai persamaan yang hampir sama dengan lagenda orang China. Misasagi atau makam Imperial untuk Maharaja Suizei sedang dalam proses senggaraan, walaupun tidak mempunyai rekod yang kukuh untuk membuktikan kewujudannya. Beliau merupakan salah seorang daripada lapan maharaja tanpa sebarang lagenda yang mempunyai kaitan dengan mereka, juga dikenali sebagai "lapan monarki tanpa dokumen" (欠史八代, , Kesshi-hachidai).[12]
Walaubagaimanapun, kenaikan takhta Maharaja Suizei pernah direkodkan didalam Kojiki. Berdasarkan rekod ini, Maharaja Suizei merupakan anak kepada Maharaja Jimmu dan permaisurinya, Isukeyorihime. Abangnya, Kamuyawimimi pada asalnya merupakan seorang putera mahkota. Pada hari kematian Maharaja Jimmu, Tagishimimi, anak kepada Maharaja Jimmu dengan isterinya yang bertaraf rendah, Ahiratsuhime, ingin merampas kuasa dan menaiki takhta. Suizei menggalakkan Kamuyawimimi untuk membunuh Tagishimimi, tetapi Kamuyawimimi berasa takut, dan Suizei meneruskan misinya dengan sendiri. Disebabkan perkara tersebut, Kamuyawimimi melepaskan haknya dan mengisytiharkan bahawa Suizei lebih layak menjadi Maharaja kerana mempunyai sifat yang lebih berani.[13] Cerita tersebut mungkin untuk menggambarkan tentang cara masyarakat dahulu kala yang mempraktikkan ultimogeni, dimana anak bongsu mempunyai hak yang lebih besar dari segi perwarisan, sebelum ditukarkan kepada primogeni.[perlu rujukan] Jika terdapat kebenaran disebalik kisah lagenda ini, ianya mungkin disebabkan Suizei ingin menunjukkan bahawa terdapat pertelingkahan antara sesama sendiri oleh salah seorang ketua puak daripada 4 puak di kawasan Unebi untuk mencapai hagemoni di kawasan Yamato.[perlu rujukan]
Jien merekodkan bahawa Suizei ialah salah seorang anak Maharaja Jimmu, dan beliau memerintah dari Istana Takaoka-no-miya di Katsuragi dimana ianya dikenali sebagai Wilayah Yamato.[14]
Nama postumus maharaja ini secara terjemahannya bermaksud "kesihatan yang gembira dan aman" atau terjemahan dalam Bahasa Inggeris ialah "joyfully healthy peace". Ianya tidak dapat dipertikaikan bahawa identifikasi ini berbentuk Cina dan mempunyai implikasi Buddha, dimana nama tersebut telah diusul atau dibuat supaya teratur beberapa abad selepas kehidupan Maharaja Suizei, kemungkinan besar semasa zaman dimana lagenda tentang asal-usul Dinasti Yamato dikumpulkan menjadi rekod peristiwa yang dikenali sebagai Kojiki.[12]
Tempat sebenar makam beliau masih belum dapat dikenalpasti.[3] Secara tradisinya, tempat makam maharaja ini adalah di makam memorial Shinto (misasagi) di Nara.
Agensi Kerabat Diraja Imperial menamai lokasi ini sebagai makam beliau. Nama rasminya ialah Tsukida no oka no e no misasagi.[15]
Lihat juga
Nota
Rencana ini disalin dan diterjemah dari Wikipedia Bahasa Inggeris
- ^ "Genealogy of the Emperors of Japan" at Kunaicho.go.jp; retrieved 2013-8-28.
- ^ Nussbaum, Louis-Frédéric. (2005). "Annei Tennō" in [ Japan Encyclopedia, p. 32], m/s. 32, di Buku Google.
- ^ a b Imperial Household Agency (Kunaichō): 綏靖天皇 (2); retrieved 2013-8-22.
- ^ Ponsonby-Fane, Richard. (1959). The Imperial House of Japan, p. 29.
- ^ Titsingh, Isaac. (1834). [ Annales des empereurs du japon, pp. 3-4.], m/s. 3, di Buku Google; Brown, Delmer M. (1979). Gukanshō, pp. 250-251; Varley, H. Paul. (1980). Jinnō Shōtōki, pp. 88-89.
- ^ Yoshida, Reiji. "Life in the Cloudy Imperial Fishbowl," Japan Times. March 27, 2007; retrieved 2013-8-22.
- ^ Brinkley, Frank. (1915). [ A History of the Japanese People from the Earliest Times to the end of the Meiji Era, p. 21], m/s. 21, di Buku Google; excerpt, "Posthumous names for the earthly Mikados were invented in the reign of Emperor Kammu (782-805), i.e., after the date of the compilation of the Records and the Chronicles.
- ^ Kelly, Charles F. "Kofun Culture," Japanese Archaeology. April 27, 2009.
- ^ Titsingh, pp. 34–36; Brown, pp. 261–262; Varley, pp. 123–124.
- ^ Hoye, Timothy. (1999). Japanese Politics: Fixed and Floating Worlds, p. 78; excerpt, "According to legend, the first Japanese emperor was Jimmu. Along with the next 13 emperors, Jimmu is not considered an actual, historical figure. Historically verifiable Emperors of Japan date from the early sixth century with Kimmei.
- ^ Aston, William. (1896). Nihongi, pp. 109.
- ^ a b Aston, pp. 138-141.
- ^ Chamberlain, Basil. (1919). The Kojiki, p. 184.
- ^ Brown, p. 250.
- ^ Ponsonby-Fane, p. 418.
Rujukan
- Aston, William George. (1896). Nihongi: Chronicles of Japan from the Earliest Times to A.D. 697. London: Kegan Paul, Trench, Trubner. OCLC 448337491
- Brown, Delmer M. and Ichirō Ishida, eds. (1979). Gukanshō: The Future and the Past. Berkeley: University of California Press. 10-ISBN 0-520-03460-0; 13-ISBN 978-0-520-03460-0; OCLC 251325323
- Chamberlain, Basil Hall. (1920). The Kojiki. Read before the Asiatic Society of Japan on April 12, May 10, and June 21, 1882; reprinted, May, 1919. OCLC 1882339
- Nussbaum, Louis-Frédéric and Käthe Roth. (2005). Japan encyclopedia. Cambridge: Harvard University Press. 10-ISBN 0-674-01753-6; 13-ISBN 978-0-674-01753-5; OCLC 58053128
- Ponsonby-Fane, Richard Arthur Brabazon. (1959). The Imperial House of Japan. Kyoto: Ponsonby Memorial Society. OCLC 194887
- Titsingh, Isaac. (1834). Nihon Odai Ichiran; ou, Annales des empereurs du Japon. Paris: Royal Asiatic Society, Oriental Translation Fund of Great Britain and Ireland. OCLC 5850691
- Varley, H. Paul. (1980). Jinnō Shōtōki: A Chronicle of Gods and Sovereigns. New York: Columbia University Press. 10-ISBN 0-231-04940-4; 13-ISBN 978-0-231-04940-5; OCLC 59145842
Gelaran pemerintah | ||
---|---|---|
Didahului oleh Maharaja Jimmu |
Maharaja-maharaja Lagenda Jepun 581 SM–549 SM (tarikh tradisional) |
Diikuti oleh: Maharaja Annei |