rencana ini mungkin perlu ditulis semula sepenuhnya bagi memenuhi piawaian Wikipedia. (September 2018) |
Maharaja Karma adalah Maharaja Kalaha ke-5. Baginda merupakan putera kepada Maharaja Karna Diraja
Baginda telah dimasyhurkan sebagai Maharaja Kalaha bagi menggantikan ayahandanya dan bersemayam di Kota Arung-Arungan
Baginda telah mendirikan kota baharu yang bernama Bandar Bukit Meriam yang kini terletak Kampung Bukit Meriam, Kota Kuala Muda
Walaupun Bandar Bukit Meriam dibuka, baginda tetap bersemayam di Kota Arung-Arungan
Apabila Kalaha masyhur, maka orang-orang dari Siam, Legor, Caiya, Burma, Pegu datang ke Kalaha untuk melombong bijih timah dan menetap terus
Oleh kerana Kota Arung-Arungan terletak jauh dari sungai, maka baginda memerintahkan rakyatnya untuk mengorek suatu simpang sungai tembus ke laut
Korekan bermula dari Batang Pasir (Kampung Permatang Pasir) untuk tembus ke laut
Maka Sungai Simpor yang mengalir ke Sungai Muda itu telah dijajar dan dikambus dengan batu
Sungai korekan itu diberi nama Sungai Terus yang kini telah mengecil kerana jarang digunakan lagi
Baginda juga tidak alpa dalam memelihara rakyat dan menjaga hati rakan dagangnnya meskipun sibuk dengan urusan hal ehwal negeri
Baginda telah mangkat akibat kegeringan[1].
Didahului oleh Maharaja Karna Diraja |
Kedah Tua {{{years}}} |
Diikuti oleh: Maharaja Maha Dewa II |
Rujukan
- ^ Haji Buyong Adil (1980). Sejarah Kedah. Dewan Bahasa dan Pustaka.