Kōshō | |
---|---|
Maharaja Jepun | |
Pemerintahan | 475 SM – 393 SM (tradisional)[1] |
Keputeraan | 506 SM |
Mangkat | 393 SM (113 tahun) |
Dimakamkan | Wakigami no Hakata no yama no e no misasagi (Nara) |
Pendahulu | Maharaja Itoku |
Pengganti | Maharaja Kōan |
Maharaja Kōshō (孝昭天皇, , Kōshō-tennō); juga dikenali sebagai Mimatsuhikokaeshine no Mikoto. Beliau ialah Maharaja Jepun yang kelima,[2] mengikut susunan tradisi perwarisan.[3]
Tiada tarikh yang tepat untuk kehidupan maharaja ini, tetapi kebiasaanya dianggap memerintah dari tahun 475 SM sehingga 393 SM. [4] Beliau mungkin hidup seawal abad pertama Masihi. but he may have lived in the early 1st century.[5]
Kisah lagenda
Para sarjana moden mempersoalkan kewujudan sekurang-kurangnya sembilan maharaja terawal. Keturunan Maharaja Suizei, Maharaja Sujin merupakan maharaja pertama yang diakui kewujudannya.[6] Nama Kōshō-tennō diberikan kepada beliau sebagai nama anumerta atau nama selepas kematian oleh generasi kemudian.[7]
Maharaja Kōshō dianggap sebagai "maharaja lagenda". Informasi tentang beliau amat sedikit untuk kajian yang lebih lanjut.[8] Maharaja Kimmei (509?–571 AD), Maharaja Jepun ke 29,[9] merupakan maharaja pertama yang dapat disahkan tarikhnya oleh penulisan sejarah kontemporari.[10] Walaubagaimanapun, kebiasaannya nama dan tarikh maharaja-maharaja terawal yang tidak dapat dipastikan dianngap "tradisional" sehingga zaman pemerintahan Maharaja Kammu (737-806), maharaja ke 50 Dinasti Yamato.[11]
Hanya nama beliau dan susur galurnya sahaja yang direkodkan didalam Kojiki dan Nihonshoki. Beliau dipercayai anak lelaki sulung Maharaja Itoku. Ibunya ialah Amanotoyototsu-hime, iaitu anak perempuan kepada Okishimimi-no-kami.[12] Orang Jepun menerima sejarah kewujudannya, dan tempat pemakaman atau Imperial misasagi untuk maharaja ini dalam proses senggaraan. Walaubagaimanapun, tidak wujud sebarang rekod kontemporari yang dapat memastikan bahawa maharaja ini pernah memerintah. Beliau merupakan maharaja keempat daripada lapan maharaja tanpa sebarang lagenda yang mempunyai kaitan dengan mereka, juga dikenali sebagai "Lapan Monarki tanpa Dokumen" (欠史八代, , Kesshi-hachidai).[13]
Maharaja Kōshō merupakan anak lelaki sulung kepada Maharaja Itoku.[4] Jien merekodkan bahawa beliau memerintah dari Istana Ikekokoro-no-miya di Waki-no-kami yang mana sekarang dikenali sebagai Wilayah Yamato.[14]
Nama postumus beliau secara terjemahannya bermaksud "manifestasi kewajipan yang dituntut daripada anak" atau dalam Bahasa Inggeris ialah "filial manifestation". Namanya tidak dapat dipertikaikan bahawa identifikasi seperti ini berbentuk China dan mempunyai implikasi Buddha dimana nama tersebut telah diusul atau dibuat supaya teratur beberapa abad selepas kehidupan Maharaja Kōshō, kemungkinan besar semasa zaman dimana lagenda tentang asal usul Dinasti Yamato dikumpulkan menjadi rekod peristiwa yang dikenali sebagai Kojiki.[13]
Tempat sebenar makam Maharaja Kōshō belum dapat dikenalpasti. [2] Maharaja ini dimuliakan di makam memorial Shinto (misasagi) di Nara.
Agensi Kerabat Diraja Imperial menamai lokasi ini sebagai makam Maharaja Kōshō's. Secara rasminya, tempat ini dikenali sebagai Wakigami no Hakata no yama no e no misasagi.[15]
Lihat juga
Nota
Artikel ini disalin dan diterjemah daripada Wikipedia Bahasa Inggeris
- ^ "Genealogy of the Emperors of Japan" at Kunaicho.go.jp; retrieved 2013-8-28.
- ^ a b Imperial Household Agency (Kunaichō): 孝昭天皇 (5); retrieved 2013-8-22.
- ^ Titsingh, Isaac. (1834). [ Annales des empereurs du japon, pp. 4-5.], m/s. 4, di Buku Google; Brown, Delmer M. (1979). Gukanshō, p. 251; Varley, H. Paul. (1980). Jinnō Shōtōki, p. 89;
- ^ a b Ponsonby-Fane, Richard. (1959). The Imperial House of Japan, p. 30.
- ^ Nussbaum, Louis-Frédéric. (2005). "Kōshō Tennō" in [ Japan Encyclopedia, p. 564], m/s. 564, di Buku Google.
- ^ Yoshida, Reiji. "Life in the Cloudy Imperial Fishbowl," Japan Times. March 27, 2007; retrieved 2013-8-22.
- ^ Brinkley, Frank. (1915). [ A History of the Japanese People from the Earliest Times to the end of the Meiji Era,], m/s. 21, di Buku Google; excerpt, "Posthumous names for the earthly Mikados were invented in the reign of Emperor Kammu (782-805), i.e., after the date of the compilation of the Records and the Chronicles.
- ^ Kelly, Charles F. "Kofun Culture," Japanese Archaeology. April 27, 2009.
- ^ Titsingh, pp. 34–36; Brown, pp. 261–262; Varley, pp. 123–124.
- ^ Hoye, Timothy. (1999). Japanese Politics: Fixed and Floating Worlds, p. 78; excerpt, "According to legend, the first Japanese emperor was Jimmu. Along with the next 13 emperors, Jimmu is not considered an actual, historical figure. Historically verifiable Emperors of Japan date from the early sixth century with Kimmei.
- ^ Aston, William. (1896). Nihongi, pp. 109.
- ^ Varley, p. 90.
- ^ a b Aston, pp. 144-145.
- ^ Brown, p. 251; Varley, p. 90.
- ^ Ponsonby-Fane, p. 418.
Rujukan
- Aston, William George. (1896). Nihongi: Chronicles of Japan from the Earliest Times to A.D. 697. London: Kegan Paul, Trench, Trubner. OCLC 448337491
- Brown, Delmer M. and Ichirō Ishida, eds. (1979). Gukanshō: The Future and the Past. Berkeley: University of California Press. 10-ISBN 0-520-03460-0; 13-ISBN 978-0-520-03460-0; OCLC 251325323
- Chamberlain, Basil Hall. (1920). The Kojiki. Read before the Asiatic Society of Japan on April 12, May 10, and June 21, 1882; reprinted, May, 1919. OCLC 1882339
- Nussbaum, Louis-Frédéric and Käthe Roth. (2005). Japan encyclopedia. Cambridge: Harvard University Press. 10-ISBN 0-674-01753-6; 13-ISBN 978-0-674-01753-5; OCLC 58053128
- Ponsonby-Fane, Richard Arthur Brabazon. (1959). The Imperial House of Japan. Kyoto: Ponsonby Memorial Society. OCLC 194887
- Titsingh, Isaac. (1834). Nihon Odai Ichiran; ou, Annales des empereurs du Japon. Paris: Royal Asiatic Society, Oriental Translation Fund of Great Britain and Ireland. OCLC 5850691
- Varley, H. Paul. (1980). Jinnō Shōtōki: A Chronicle of Gods and Sovereigns. New York: Columbia University Press. 10-ISBN 0-231-04940-4; 13-ISBN 978-0-231-04940-5; OCLC 59145842
Gelaran pemerintah | ||
---|---|---|
Didahului oleh Maharaja Itoku |
Senarai Maharaja Jepun 475 SM–393 SM (tarikh tradisional) |
Diikuti oleh: Maharaja Kōan |