Madah Berhelah adalah merupakan single pengenalan penyanyi pop Malaysia, Ziana Zain yang dikeluarkan pada 1991. Lagu ini berjaya menaikkan nama beliau sebagai pendatang baru ketika itu. Lagu ini juga sering didendangkan di setiap konsert. Lebih membanggakan lagi, lagu ini turut berjaya mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-7 pada 1992 dimana ketika itu Ziana buat pertama kalinya melayakkan dirinya ke anugerah berprestij tersebut.
"Madah Berhelah" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh Ziana Zain | ||||
daripada album Madah Berhelah | ||||
Dilancarkan | 8 Disember 1991 | |||
Tempat | Malaysia | |||
Genre | Pop | |||
Panjang | 4:48 | |||
Syarikat | BMG | |||
Penulis | Saari Amri told ya! :) | |||
Kronologi single Ziana Zain | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Maklumat lagu
Ziana pernah dikritik wartawan dan peminat ketika menyampaikan lagu ini di pertandingan Pujaan Nescafe suatu ketika dahulu. Beliau dikhabarkan tidak menyanyi seperti didalam album kerana kegagalannya mencapai nada tinggi dalam lagu ini pada ketika itu. Kritikan pedas itu membuatkan Ziana berasa sangat sedih. Beliau menjelaskan kegagalan mencapai nada tinggi tersebut adalah disebabkan ketika itu beliau masih bekerja sebagai pramugari di syarikat penerbangan Malaysian Airlines (MAS). Berikutan jadual kerjanya yang padat itu membuatkan beliau kurang mendapat rehat yang secukupnya. Tambahnya lagi, selepas tamat sahaja waku bekerja, beliau terus bergerak ke pertandingan tersebut. Namun Ziana mula bangkit ketika lagu ini berjaya mara ke separuh akhir Muzik-Muzik 1992. Beliau membalas dendam dengan berlatih bersungguh-sungguh dan menyampaikan lagu ini dengan baik sekali. Hasilnya lagu ini berjaya mara ke pentas akhir AJL 1992 ketika itu.
khas ditujukan kepada alis!