Mackenzie Foy | |
---|---|
![]() Foy pada tahun 2015. | |
Kelahiran | |
Pekerjaan | Model, pelakon |
Tahun aktif | 2009–sekarang |
Mackenzie Christine Foy (lahir November 10, 2000) ialah seorang model dan pelakon Amerika Syarikat. Beliau dikenali dengan peranannya sebagai Renesmee Cullen dalam filem 2012, The Twilight Saga: Breaking Dawn – Part 2 yang mendapatkan beliau pencalonan Anugerah Artis Muda bagi kategori Pelakon Wanita Muda Sokongan Terbaik dalam Filem,[1][2] dan sebagai Murphy dalam filem 2014, Interstellar dimana beliau menerima pujian kritis dan memenangi beberapa anugerah.
Kehidupan awal
Mackenzie Foy dilahirkan pada November 10, 2000 kepada Steven dan Karrie Foy, seorang pemandu trak dan pekerja separuh masa. Beliau dilahir dan dibesarkan di Los Angeles.[3] Foy mula menjadi model ketika berumur 3 tahun dan mula berlakon ketika berumur 9 tahun.[4]
Karier
Foy mula menjadi model dalam iklan cetak pada tahun 2004, bekerja untuk Garnet Hill, Polo Ralph Lauren dan Guess.[3][5][6] Sejak itu, beliau telah menjadi model untuk banyak syarikat seperti The Walt Disney Company, Mattel dan Gap.[7]
Karier lakonan Foy bermula ketika beliau berumur sembilan tahun apabila beliau membintangi sebagai tetamu dalam drama televisyen seperti 'Til Death, FlashForward dan Hawaii Five-0. Pada tahun 2010, beliau dipilih untuk watak Renesmee Cullen dalam filem adaptasi dari novel Stephenie Meyer, Breaking Dawn. Filem pertama, The Twilight Saga: Breaking Dawn - Part 1 ditayangkan pada November 18, 2011; manakala yang kedua, The Twilight Saga: Breaking Dawn - Part 2 pada November 16, 2012.
Pada tahun 2014, Foy muncul dalam Black Eyed Dog. Pada bulan Februari 2012, beliau menyertai barisan pelakon The Conjuring.[8] Pengambaran bermula pada Februari 21 di Carolina Utara dan filem ini ditayangkan pada bulan Julai 2013.[9] Pada bulan Februari, beliau muncul dalam episod terakhir musim kedua siri TV, R. L. Stine's The Haunting Hour dimana beliau berlakon sebagai Natalie.[10] Pada Oktober 10, 2012, Foy menyertai Wish You Well sebagai pelakon utama.[11][11] Pada November 17, 2012, Foy berada dalam episod lain R. L. Stine's The Haunting Hour, melakonkan watak Georgia Lomin.[12]
Foy membintangi filem Christopher Nolan, Interstellar. Beliau menyuarakan watak Violet dalam The Boxcar Children (2014) dan juga menyuarakan watak Perempuan Kecil dalam The Little Prince (2015).
Filmografi
Filem
Tahun | Tajuk | Peranan | Nota |
---|---|---|---|
2011 | The Twilight Saga: Breaking Dawn – Part 1 | Renesmee Cullen | |
2012 | The Twilight Saga: Breaking Dawn – Part 2 | Renesmee Cullen | |
2013 | The Conjuring | Cindy Perron | |
2013 | Ernest & Celestine | Celestine | Suara |
2013 | Wish You Well | Lou Cardinal | |
2014 | Interstellar | Murph Cooper muda | |
2014 | The Boxcar Children | Violet | Suara |
2015 | The Little Prince | Perempuan kecil | Suara |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Peranan | Nota |
---|---|---|---|
2009 | 'Til Death | Perempuan Kecil | Episod: "No Complaints" |
2010 | FlashForward | Kate Erskine | Episod: "Blowback" |
2010 | Hawaii Five-0 | Lily Wilson | Episod: "Ho'apono" |
2012 | R.L. Stine's The Haunting Hour | Natalie / Georgia Lomin | Episod: "The Return of Lilly D", "Red Eye" |
2014 | The Cookie Mobster | Sally | Filem Televisyen |
2015 | Jesse Stone: Lost in Paradise | Jenny | Filem Televisyen |
Rujukan
- ^ "Breaking Dawn Filming News: Mackenzie Foy To Appear In Breaking Dawn Part 1 and 2?". November 22, 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-03. Dicapai pada December 3, 2011.
- ^ "34th Annual Young Artist Awards". YoungArtistAwards.org. Dicapai pada March 31, 2013.
- ^ a b "Meet Renesmee! Mackenzie Foy of 'Breaking Dawn -- Part 2'". Juvvgfne 15, 2012. Dicapai pada August 24, 2012. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ "Mackenzie Foy stands out in 'Breaking Dawn -- Part 2'". usatoday.com. Dicapai pada August 10, 2015.
- ^ "Mackenzie Foy, 'Twilight' Star, On Shootfhhfzing 'Breaking Dawn' And Her Favorite Scene". July 13, 2012. Dicapai pada August 24, 2012.
- ^ "'Twilight' Star Renesmee Revealed: 5 Things to Know About Mackenzie Foy". June 13, 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-03. Dicapai pada August 24, 2012.
- ^ "Meet Robert Pattinson and Kristen Stewart's baby (in Twilight)". January 27, 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-02-09. Dicapai pada November 12, 2011.
- ^ "Mackenzie Foy On For The Warren Files". Empire Online. February 6, 2012. Dicapai pada February 8, 2012.
- ^ "Horror pic taps 'Twilight,' 'Dark Knight' kids". February 6, 2012. Dicapai pada October 16, 2012.
- ^ ""Twilight" star Mackenzie Foy battles an evil doll in "The Haunting Hour"". February 3, 2012.
- ^ a b "Mackenzie Foy of 'Breaking Dawn' Joins Adaptation of 'Wish You Well'". October 10, 2012. Dicapai pada October 11, 2012.
- ^ "Mackenzie Foy is Guest Starring in a Brand New 'Haunting Hour'". November 12, 2012. Dicapai pada November 19, 2012.
Pautan luar
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Mackenzie Foy |