(Dilencongkan daripada Mac 23)
<< | Mac | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
31 | ||||||
2024 |
23 Mac merupakan hari ke-82 (hari ke-83 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 283 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Republik di Pakistan (1956)
- Hari Persahabatan Hungary–Poland di Hungary dan Poland.
Peristiwa
- 625 - Sejarah Islam: Perang Uhud berlaku di Bukit Uhud dan orang kafir Quraisy berjaya menewaskan orang Islam.
- 1775 - Revolusi Amerika: Patrick Henry (gambar) menyampaikan ucapannya, "Berikan saya kebebasan, atau berikan saya kematian!", kepada Dewan Burgess Virginia.
- 1801 - Tsar Aleksandr I menaiki takhta Rusia selepas ayahandanya Pavel I dibunuh di istananya di Saint Petersburg.
- 1888 - Pengarah Aston Villa F.C. di Birmingham, England, William McGregor membuat draf menubuhkan The Football League.
- 1940 - Gerakan Pakistan: Liga Muslim SeIndia menerima Ketetapan Lahore, menyeru autonomi lebih besar dalam India British.
- 1978 - Pasukan tentera UNIFIL yang pertama tiba di Lubnan untuk misi menjaga keamanan di sepanjang Garis Biru.
- 1996 - Lee Teng-Hui dipilih sebagai Presiden Republik China dalam pilihan raya presiden langsung yang pertama di Taiwan.
- 2001 – Agensi Angkasa Lepas Persekutuan Rusia mengeluarkan stesen angkasa Mir daripada orbit, menyebabkannya masuk semula ke atmosfera Bumi dan berkecai di atas Lautan Pasifik.
- 2007 - Tentera Laut Pengawal Revolusi Iran menahan 15 anak kapal Royal Navy HMS Cornwall, mendakwa mereka memasuki perairan wilayah Iran.
Kelahiran
- 1869 - Emilio Aguinaldo, Presiden Filipina yang pertama
- 1974 - Ferry Maryadi, pelakon lelaki Indonesia
Kematian
- 2011 - Elizabeth Taylor, pelakon Amerika Syarikat
- 2015 - Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Singapura pertama, meninggal di Singapura