Sejarah | |
---|---|
Nama: | MSC Daniela |
Pengguna: | Mediterranean Shipping Company S.A. |
Dipesan: | 1 Julai, 2006 |
Pembina: | SHI, Korea |
Nombor limbungan: | 1708 |
Dilancarkan: | 2008 |
Status: | Dalam perkhidmatan |
Nota: |
|
Ciri-ciri umum | |
Kelas dan jenis: | Kapal kontena |
Berat (tan): |
|
Panjang: | 366,00 meter |
Lunas: | 51,00 meter |
Draft: | 15,00 meter |
Jana kuasa: |
|
Halaju: |
|
Kapasiti: | 14,000 TEU |
Krew: | 30 |
MSC Daniela ialah sebuah kapal kontena milik Mediterranean Shipping Company S.A.. Dengan kapasiti kargo sehingga 14,000 TEU, ia berada dalam kelas kedua kapal kontena terbesar di dunia selepas Emma Mærsk.
Kapal ini dibina oleh Samsung Heavy Industries di Ulsan - Korea Selatan. Pembinaan MSC Daniela bermula pada 1 Julai 2006 dan siap pada penghujung 2008.
Reka bentuk
MSC Daniela mempunyai panjang keseluruhan 366 meter, lebar teracu 51 meter, dan drauf (dengan muatan penuh) sehingga15 meter. Berat mati kapal ini ialah 165,000 tan metrik dan tanan kasarnya mencecah 135,000. Disebabkan saiznya yang besar, kapal ini memerlukan sebuah enjin yang sangat berkuasa. Enjin utama ialah MAN B&W 12K98MC-C yang mampu menjana sehingga 98,280 kuasa kuda. Dengan kuasa ini enjin ini, MSC Daniela mampu mencapai kelajuan maksimum 25.2 knot, dan kelajuan normal 23.5 knot.[1]
Kapal kembar
Tahun dibina | Nama kapal | Limbungan | Nombor badan kapal |
---|---|---|---|
2009 | MSC Beatrice | Samsung | 1709 |
2009 | MSC Danit | Daewoo | 4135 |
2009 | MSC Camille | Daewoo | 4136 |
2009 | MSC Kalina | Samsung | 1710 |
2009 | MSC Bettina | Samsung | 1711 |
2009 | MSC Irene | Samsung | 1712 |
2009 | MSC Emanuela | Samsung | 1713 |
2009 | MSC Eva | Samsung | 1714 |
2009 | MSC Gaia | Samsung | 1715 |
2010 | MSC Melatilde | Daewoo | 4138 |
2010 | MSC Paloma | Daewoo | 4139 |