Penulis asal | Lou Montulli, Michael Grobe, Charles Rezac |
---|---|
Pembangun | Thomas Dickey |
Keluaran asal | 1992 |
status pengembangan | Aktif |
Ditulis dalam | ISO C |
Sistem pengendalian | Unix, DOS, Microsoft Windows dan lain-lain |
Enjin | libwww yang dicabangkan |
Pelantar | Rentas platform |
Tersedia dalam | Bahasa Inggeris |
Status pembangunan | Aktif |
Jenis | Pelayar web |
Lesen | GNU |
Laman sesawang | lynx |
Lynx ialah sebuah pelayar web teks yang mudah ditukar konfigurasinya bagi digunakan pada terminal komputer yang mengandungi sel yang dapat dicapai kursor.[1][2] Lynx merupakan pelayar web tertua yang masih diguna secara am dan yang masih dibangunkan,[3] setelah direka pada tahun 1992 dan setakat 2013[kemas kini], 21 tahun kemudian, masih diguna dan dikembangkan.
Sejarah
Lynx merupakan produk Distributed Computing Group (Kumpulan Pengkomputeran Teragih) Universiti Kansas,[4][5] dan pada mulanya dibangunkan oleh sekumpulan penuntut pada tahun 1992 (Lou Montulli, Michael Grobe and Charles Rezac) sebagai pelayar hiperteks yang digunakan khususnya bagi menyebar maklumat kampus sebagai sebahagian daripada Pelayan Maklumat Seluruh Kampus, bagi melayar ruang Gopher.[6] Perisan Beta diumumkan pada 22 Julai 1992 di Usenet.[7] Pada tahun 1993 Montulli menambah antara muka Internet dan mengeluarkan versi baharu pelayar (2.0).[8][9]
Setakat Julai 2007[kemas kini] sokongan protokol komunikasi Lynx dilaksanakan dengan mengguna versi libwww yang tercabang,[10] daripada pangkalan perpustakaan kod, pada tahun 1996.[11] Protokol-protokol yang disokong termasuk Gopher, HTTP, HTTPS, FTP, NNTP dan WAIS.[2][12] Sokongan buat NNTP ditambah kepada libwww daripada pembangunan Lynx pada tahun 1994.[13] Sokongan bagi HTTPS ditambah daripada cabang kod libwww Lynx kemudian, yang pada mulanya kod tampung bagi menangani kerisauan tentang penyulitan.[14]
Garrett Blythe mencipta DosLynx pada April 1994[15] dan kemudiannya menyertai pasukan pembinaan Lynx. Foteos Macrides banyak menyumbang bagi membuat port Lynx bagi sistem OpenVMS. Pada tahun 1995, Lynx dilesenkan di bawah lesen GPL dan sekarang ini diselenggara oleh sebuah kumpulan di bawah pimpinan Thomas Dickey.
ALynx ialah sebuah port Lynx untuk Amiga yang dibina P. Marquardt pada tahun 1995 dan versi stabil, versi 1.29, masih boleh didapati daripada Amiga Aminet Repository tempat simpanan fail-fail pengaturcaraan Amiga.
Ciri-ciri
.
Pelayaran sesawang dengan Lynx dilakukan dengan menanda pautan yang dipilih dengan menggunakan kekunci kursor, ataupun dengan menomborkan kesemua pautan halaman dan memasukkan nombor pautan yang dipilih.[16] Versi yang terdapat pada masa kini menyokong SSL[2] dan banyak ciri HTML. Rajah diformat dengan menggunakan ruang, sementara kerangka dikenal pasti dengan kata dan dapat dijelajah seolah-olah kerangak itu halaman tercerai.
Lynx tidak dapat memaparkan kandungan bukan teks seperti imej dan video dengan sendirinya,[1] tetapi ia boleh melancarkan program luaran, seperti alat lihat imej dan pemain video, yang mampu mengendalikan kandungan tersebut.[16]
Berlainan dengan pelayar web lain, Lynx tidak menyokong JavaScript dan Adobe Flash, yang diperlukan untuk paparan sesetengah laman web.[17]
Kelajuan pelayaran dengan menggunakan teks dapat dirasai apabila mengguna sambungan internet jalur rendah ataupun alat komputer yang sudah tua.
Ketercapaian
Pengguna kurang upaya penglihatan
Oleh sebab antara muka bagi paparan Braille dan teks-kepada-pertuturannya yang mesra pengguna, Lynx boleh digunakan bagi pencapaian Internet oleh pengguna kurang upaya penglihatan.[18][6][12] Oleh sebab Lynx mengganti imej, kerangka dan kandungan bukan tekstual lain dengan teks daripada atribut-atribut HTML seperti alt
, name
dan title
[19] dan membolehkan penyorokan unsur-unsur antara muka pengguna[20], Lynx amat sesuai secara khususnya bagi digunakan sebagai perisian pembaca skrin am yang berkesan kos .[21][22][23]
Privasi
Oleh sebab Lynx tidak menyokong fail grafik, pepijat sesawang yang menjejak maklumat pengguna tidak dapat bertapak; justeru, laman web dapat dibaca tanga kerisauan yang mengiringi pelayar web grafik.[5] Namun Lynx menyokong kuki HTTP,[1] yang juga dapat dih=gunakan bagi menjejak maklumat pengguna. Walau bagaimanapun, Lynx menyokong penyenaraian putih dan penyenaraian hitam, atau sebaliknya sokongan kuki boleh dilumpuhkan sama sekali.[16]
Selari dengan itu, Lynx juga menyokong sejarah pelyaran dan pengagregatan halaman,[24] yang boleh menimbulkan masalah privasi.[25]
Lihat juga
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Lynx (pelayar web) |
Rujukan
- ^ a b c Rakitin 1997.
- ^ a b c Legan 2001.
- ^ "What browsers other than IE and NN are there?". alt.html FAQ. Dicapai pada August 8, 2012.
- ^ Paciello 2000, m/s. 154–155.
- ^ a b Legan 2002.
- ^ a b Bolso 2005.
- ^ Montulli 1992.
- ^ Stewart 2000.
- ^ Nelson 2000.
- ^ Kahan 1999.
- ^ Dickey 2007.
- ^ a b Seltzer 1995.
- ^ Kahan 2002.
- ^ Nestrud 2000.
- ^ Buttles 1994.
- ^ a b c User's Guide.
- ^ Wallen 2011.
- ^ Paciello 2000, m/s. 157.
- ^ RNIB 2011.
- ^ Rosmaita 1996.
- ^ Dixon 2004.
- ^ Rosmaita.
- ^ Sajka 1999.
- ^ Senjen & Guthrey 1996, m/s. 136–139.
- ^ Timmer 2010.
Sumber
- Paciello, Michael G. (2000). "Accessible Web Site Sesign". Web accessibility for people with disabilities. Focal Press. ISBN 978-1-929629-08-4. Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link) - Rognerud, Jon (2010). Ultimate Guide to Search Engine Optimization: Drive Traffic, Boost Conversion Rates and Make Tons of Money (ed. 2nd). Entrepreneur Press. ISBN 978-1-59918-392-3. Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link) - Stewart, William (2000). "Web Browser History". The World's First Web Published Book. Living Internet.CS1 maint: ref=harv (link)
- King, Andrew B. (2008). Website Optimization: Speed, Search Engine & Conversion Rate Secrets (ed. revised). O'Reilly Media. ISBN 978-0-596-51508-9. Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link) - Killelea, Patrick (2002). Web performance tuning (ed. 2). O'Reilly Media. ISBN 978-0-596-00172-8.CS1 maint: ref=harv (link)
- Taylor, Dave (2005). Learning UNIX for Mac OS X Tiger (ed. 4). O'Reilly Media. ISBN 978-0-596-00915-1.CS1 maint: ref=harv (link)
- Senjen, Rye; Guthrey, Jane (1996). The Internet for women. Spinifex Press. ISBN 978-1-875559-52-7. Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link) - Chapman, Greg (2003). "Text Based Web Browsing with LYNX". TechTrax. 2 (4). Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-17. Dicapai pada 2012-02-15. Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link) - Dixon, Judith M. (2004). "Leveling The Road Ahead: Guidelines For The Creation Of WWW Pages Accessible To Blind and Visually Handicapped Users". Information Technology and Disabilities Journal. EASI. 2 (4). Dicapai pada 2012-02-15. Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link) - Seltzer, Richard (1995). "Maintaining Lynx to the Internet for People with Disabilities: A Call For Action". Information Technology and Disabilities Journal. EASI. 2 (3). ISSN 1073-5127. OCLC 222902674. Dicapai pada 2012-02-15. Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link) - Wayner, Peter (2010-10-19). "Top 10 specialty Web browsers you may have missed". InfoWorld. m/s. 3. Dicapai pada 2010-10-28.CS1 maint: ref=harv (link)
- Legan, Dallas E. (2001). "Text-Mode Web Browsers for OS/2". The Southern California OS/2 User Group. Dicapai pada 2010-08-16.CS1 maint: ref=harv (link)
- Legan, Dallas E. (2002). "Lynx on OS/2: Straight Answers and Keen Tricks — Part 1 - Start Using the Lynx Browser". The Southern California OS/2 User Group. Dicapai pada 2010-08-16.CS1 maint: ref=harv (link)
- Marquardt, P. (1995). "Home of ALynx". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-11. Dicapai pada 2012-02-26.CS1 maint: ref=harv (link)
- Bartlett, Kynn (2006-09-29). "The Bad Browser: What to Do When Browsers Fail to Play Nice With Your CSS". InformIT. Dicapai pada 2012-02-15.CS1 maint: ref=harv (link)
- Rosmaita, Gregory J. (1996-12-12). "BLYNX: Lynx Support Files Tailored for Blind and Visually Handicapped Users". BLYNX. Dicapai pada 2012-02-07.CS1 maint: ref=harv (link)
- "Using access technology". RNIB. 2011-12-01. Dicapai pada 2012-02-08.
- Bolso, Erik Inge (2005-03-08). "2005 Text Mode Browser Roundup". Linux Journal. Dicapai pada 2010-08-05.CS1 maint: ref=harv (link)
- Timmer, John (2010-02-24). "Browser history hijack + social networks = lost anonymity". Ars Technica. Dicapai pada 2012-02-05.CS1 maint: ref=harv (link)
- Rakitin, Jason (1997-10-27). "Review: Alternative Web browsers". Network World Fusion. Diarkibkan daripada yang asal pada 2001-10-05. Dicapai pada 2013-01-12.CS1 maint: ref=harv (link)
- Wallen, Jack (2011-01-11). "10 Web browsers for the Linux operating system". TechRepublic. Dicapai pada 2012-02-12.CS1 maint: ref=harv (link)
- Rosmaita, Gregory J. "An Introduction to Speech-Access Realities for Interested Sighted Internauts". BLYNX. Dicapai pada 2012-02-07.CS1 maint: ref=harv (link)
- Kahan, José (1999-08-05). "Why Libwww?". World Wide Web Consortium. Dicapai pada 2010-06-15.CS1 maint: ref=harv (link)
- Kahan, José (2002-06-07). "Change History of libwww". World Wide Web Consortium. Dicapai pada 2010-05-30.CS1 maint: ref=harv (link)
- Nelson, Lynn H. (2000-11-07). "Before the Web: the early development of History on-line" (PDF). Center for History and New Media. George Mason University. Dicapai pada 2008-02-03.CS1 maint: ref=harv (link)
- Montulli, Lou (1992-07-22). "Re: Unix and Hypertext". Kumpulan berita: alt.hypertext. 1992Jul22.125801.41808@kuhub.cc.ukans.edu. Dicapai pada 2012-01-13.CS1 maint: ref=harv (link)
- Sajka, Janina (1999-09-29). "Re: lynx-dev Licensing Lynx". Senarail mel lynx-dev. http://lists.gnu.org/archive/html/lynx-dev/1999-09/msg00359.html.
- Nestrud, Chris (2000-10-07). "Re: lynx, and https". Senarail mel blinux-list@redhat.com. Diarkib daripada asal pada 2010-11-02. https://web.archive.org/web/20101102232931/http://www.counterpunch.org/~blinux/list-archive/blinux-list/2000/msg01401.html. Diperolehi 2013-01-12.
- Dickey, Thomas E. (2007-07-02). "Re: [Lynx-dev] using fresher libwww?". Senarail mel lynx-dev@gnu.org. http://lists.gnu.org/archive/html/lynx-dev/2007-07/msg00010.html.
- "General Questions". Snappy Answers to Stupid Questions. OpenBSD. 2011-11-01. Dicapai pada 2011-11-27.
- Buttles, Wayne (1994). "DosLynx Beta Hype". FDISK.COM. Dicapai pada 2012-01-13.CS1 maint: ref=harv (link)
- "Sound Enhanced Lynx". Acharya. IIT Madras. 2006-08-17. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-11. Dicapai pada 2012-02-07.
- Lynx Developers Group. "Lynx User's Guide". Official website. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-28. Dicapai pada 2011-07-05.
- Lynx Developers Group. "Lynx 2.8.7 Help-File". 'Lynx official website'. Dicapai pada 2011-07-05.[pautan mati kekal]
- Lynx Developers Group. "Lynx 2.8.7 Configuration File". 'Lynx official website'. Dicapai pada 2011-07-05.[pautan mati kekal]
Pautan luar
- Lynx homepage Diarkibkan 2005-07-24 di Wayback Machine (old but still cited: doslynx, Lynx links and original[pautan mati kekal])
- Michael Grobe's personal recollections of Lynx development
- Extremely Lynx resource page Diarkibkan 2004-12-08 di Wayback Machine from version 2.7
- MacLynx Diarkibkan 2008-11-22 di Wayback Machine
- Mac OS X version at osxgnu.org
- Lynx for Windows 2.8.5rel1 installer Diarkibkan 2011-07-21 di Wayback Machine
- Lynx on OS/2
- Learn how to use Lynx Diarkibkan 2010-12-27 di Wayback Machine
- Lynx from FOLDOC Diarkibkan 2005-05-11 di Wayback Machine
- ALynx homepage Diarkibkan 2012-03-11 di Wayback Machine
- History
- Aminet