Luncur papan selaju di Sukan Olimpik XXXII | |
---|---|
Tempat | Taman Sukan Bandar Ariake |
Tarikh | 25 Julai – 5 Ogos 2021 |
Bil. acara | 4 |
Pesaing | 80 dari 25 negara |
Luncur papan selaju di Sukan Olimpik Musim Panas 2020 telah diadakan pada 25 Julai hingga 5 Ogos 2021 di Taman Sukan Bandar Ariake, Tokyo. Perlawanan ini merupakan penampilan utama sukan luncur papan selaju dalam Sukan Olimpik. Sebanyak empat acara dipertandingkan melibatkan 80 peserta dari 25 negara.
Perlawanan ini pada mulanya dijadualkan berlangsung pada tahun 2020, namun ditangguhkan ke tahun 2021 akibat Pandemik COVID-19.[1]
Pengenalan
Luncur papan selaju ialah suatu sukan lasak yang melibatkan penunggangan papan selaju serta aksi helah daripadanya. Luncur papan selaju mula diperkenalkan dalam Sukan Olimpik pada edisi tahun 2020. Sebanyak 80 peserta menyertai acara ini menjadikan mereka sebagai kumpulan peserta pertama yang bertanding dalam sukan ini. Sebanyak empat acara dipertandingkan melibatkan dua disiplin iaitu luncur taman dan luncur jalan.
Yuto Horigome dari Jepun menjadi peserta pertama yang meraih pingat emas dalam sukan ini iaitu dalam acara jalan lelaki. Jepun menjadi negara yang paling banyak merangkul pingat iaitu lima pingat terdiri daripada tiga emas, satu perak dan satu gangsa.[2]
Jadual
K | Kelayakan | A | Akhir |
Tarikh Acara
|
25 Jul | 26 Jul | 4 Ogo | 5 Ogo | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Lelaki | ||||||||
Jalan | K | A | ||||||
Taman | K | A | ||||||
Wanita | ||||||||
Jalan | K | A | ||||||
Taman | K | A |
Pungutan pingat
Jadual pingat
* Tuan rumah (Jepun)
Kedudukan | NOC | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah |
---|---|---|---|---|---|
1 | Jepun* | 3 | 1 | 1 | 5 |
2 | Australia | 1 | 0 | 0 | 1 |
3 | Brazil | 0 | 3 | 0 | 3 |
4 | Amerika Syarikat | 0 | 0 | 2 | 2 |
5 | Great Britain | 0 | 0 | 1 | 1 |
Jumlah (5 NOC) | 4 | 4 | 4 | 12 |
Pemenang pingat
Acara | Emas | Perak | Gangsa | |
Taman lelaki | Keegan Palmer Australia |
Pedro Barros Brazil |
Cory Juneau Amerika Syarikat | |
Taman wanita | Sakura Yosozumi Jepun |
Kokona Hiraki Jepun |
Sky Brown Great Britain | |
Jalan lelaki | Yuto Horigome Jepun |
Kelvin Hoefler Brazil |
Jagger Eaton Amerika Syarikat | |
Jalan wanita | Momiji Nishiya Jepun |
Rayssa Leal Brazil |
Funa Nakayama Jepun |
Rujukan
- ^ "Joint Statement from the International Olympic Committee and the Tokyo 2020 Organising Committee". Olympics (dalam bahasa Inggeris). 24 Mac 2020.
- ^ "Skateboarding at the Olympics - facts and information". Olympian Database (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 Februari 2022.
- ^ "Schedule - Skateboarding Tokyo 2020 Olympics". Olympian Database (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Mac 2020.