Luncur air di Sukan Olimpik XXXII | |
---|---|
Tempat | Pantai Tsurigasaki, Chiba |
Tarikh | 25–27 Julai 2021 |
Bil. acara | 2 |
Pesaing | 40 dari 18 negara |
Luncur air di Sukan Olimpik Musim Panas 2020 telah diadakan pada 25 hingga 27 Julai 2021 di Pantai Tsurigasaki, Chiba. Perlawanan ini merupakan kemunculan sukan luncur air yang pertama dalam Sukan Olimpik Musim Panas. Hanya dua acara dipertandingkan iaitu papan pendek lelaki dan wanita melibatkan 40 peserta dari 18 negara.
Perlawanan ini pada mulanya dijadualkan berlangsung pada tahun 2020, namun telah ditangguhkan ke tahun 2021 akibat Pandemik COVID-19.[1]
Pengenalan
Sukan luncur air muncul buat pertama kali di Sukan Olimpik pada edisi 2020. Seramai 40 atlet menyertai acara ini menjadi kumpulan atlet pertama yang bertanding dalam sukan ini. Sebanyak dua acara dipertandingkan.
Brazil dan Amerika Syarikat menjadi negara pertama yang meraih pingat emas dalam sukan ini. Jepun pula menjadi negara paling banyak merangkul pingat dalam sukan ini iaitu dua pingat (satu perak dan satu gangsa). Afrika Selatan dan Australia juga merupakan negara terawal yang meraih pingat dalam sukan ini iaitu satu pingat perak untuk Afrika Selatan dan satu pingat gangsa bagi Australia.[2]
Penyertaan
- Afrika Selatan (1)
- Amerika Syarikat (4)
- Argentina (1)
- Australia (4)
- Brazil (4)
- Chile (1)
- Costa Rica (2)
- Ecuador (1)
- Perancis (4)
- Jerman (1)
- Indonesia (1)
- Israel (1)
- Itali (1)
- Jepun (4)
- Maghribi (1)
- New Zealand (2)
- Peru (4)
- Portugal (3)
Jadual
H | Heats | SU | Suku akhir | SE | Separuh akhir | A | Akhir |
Tarikh Acara
|
25 Jul | 26 Jul | 27 Jul | |||
---|---|---|---|---|---|---|
Papan pendek lelaki | R1 | R2 | R3 | SU | SE | A |
Papan pendek wanita | R1 | R2 | R3 | SU | SE | A |
Peringkat akhir diawalkan dari 28 Julai kepada 27 Julai, untuk mengambil kesempatan dari ombak besar yang terjadi akibat Ribut Tropika Napartak.[3]
Pungutan pingat
Jadual pingat
* Tuan rumah (Jepun)
Kedudukan | NOC | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah |
---|---|---|---|---|---|
1 | Amerika Syarikat | 1 | 0 | 0 | 1 |
Brazil | 1 | 0 | 0 | 1 | |
3 | Jepun* | 0 | 1 | 1 | 2 |
4 | Afrika Selatan | 0 | 1 | 0 | 1 |
5 | Australia | 0 | 0 | 1 | 1 |
Jumlah (5 NOC) | 2 | 2 | 2 | 6 |
Pemenang pingat
Acara | Emas | Perak | Gangsa |
Papan pendek lelaki | Ítalo Ferreira Brazil |
Kanoa Igarashi Jepun |
Owen Wright Australia |
Papan pendek wanita | Carissa Moore Amerika Syarikat |
Bianca Buitendag Afrika Selatan |
Amuro Tsuzuki Jepun |
Rujukan
- ^ "Joint Statement from the International Olympic Committee and the Tokyo 2020 Organising Committee". Olympics (dalam bahasa Inggeris). 24 Mac 2020.
- ^ "Surfing at the Olympics - facts and information". Olympian Database (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 Februari 2022.
- ^ "Olympic surfing finals brought forward as storm approaches". Times of India (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 Julai 2021.