
Luak Agam ialah salah satu kawasan pergabungan dari beberapa nagari dalam wilayah budaya Minangkabau. Ia digelar Luak Nan Tigo bersama-sama Luak Lima Puluh dan Luak Tanah Datar.[1]
Kawasan luak ini semasa pemerintahan Hindia Timur Belanda, telah dijadikan Onderafdeeling Oud Agam.
Luak ini kini meliputi Kabupaten Agam (kecuali kawasan pantai di belah barat), Kota Bukittinggi, dan Kabupaten Pasaman.
Kawasan
Menurut Tambo, awal penubuhan luak ini adalah daripada perpindahan penduduk dari nagari Pariangan yang berlangsung selama empat fasa. Fasa pertama, melahirkan empat buah nagari, iaitu Biaro, Balai Gurah, Lambah dan Panampuang. Pada fasa kedua telah melahirkan empat buah nagari, iaitu Lasi, Canduang, Kurai dan Banuhampu. Fasa ketiga telah melahirkan 4 buah nagari, iaitu Sianok, Koto Gadang, Guguak dan Tabek Sarojo. Fasa keempat pula melahirkan lima buah nagari, iaitu Sariak, Sungai Puar, Batagak dan Batu Palano.
Selepas daripada itu, lahir pula nagari-nagari lain seperti Kapau, Gadut, Salo, Koto Baru, Magek, Tilatang Kamang, Tabek Panjang, Pincuran Puti, Koto Tinggi, Simarasok dan Padang Tarok.
Rujukan
- ^ Idrus Hakimy Dt Rajo Penghulu, (1994), Rangkaian mustika adat basandi syarak di Minangkabau, Remaja Rosdakarya, ISBN 979-514-362-X.