Lu Yi | |
---|---|
Nama Cina | 陸毅 (Tradisional) |
Nama Cina | 陆毅 (Ringkas) |
Pinyin | Lù Yì (Mandarin) |
Lahir | Shanghai, China | 6 Januari 1976
Pekerjaan | Pelakon, penyanyi |
Tahun aktif | 1990-an-kini |
Pasangan | Bao Lei (2006-) |
Anak | seorang anak perempuan |
Lu Yi (dilahirkan pada 6 Januari 1976) ialah seorang pelakon dan penyanyi China. Dia adalah lulusan Shanghai Theatre Academy pada tahun 1999. Lu memulakan kehidupan sebagai pelakon ketika berusia lima tahun. Pada tahun 1999, dia meningkat masyhur disebabkan siri TV Never Dies Content. Untuk selama beberapa tahun mendatang selepas debutnya pada tahun 1999 dalam Never Dies Content, dia mengambil bahagian dalam banyak siri TV dan filem seperti Boy&Girl,[1] Confucius, sebagainya. Lu mengahwini aktres Bo Lei (鲍蕾)[2] pada 2006. Selepas dua tahun, anak perempuan mereka dilahirkan.
Kehidupan awal
Lu dilahirkan di Shanghai, dalam sebuah keluarga biasa. Kehidupannya sebagai pelakon bermula ketika dia masih kanak-kanak lagi. Bagaimana pun, dia belum terkenal pada ketika itu. Lu memegang satu watak dalam movie "Spring Ding-dong" ketika berusia lima tahun. Dari usia lima hingga 18 tahun, dia berlakon secara purata satu hingga dua movie setahun. Ketika Tingkatan Satu, Lu mula mempelajari Opera Peking dan kung fu Cina. Selepas tiga tahun, dia mengambil bahagian lebih daripada 700 buah drama. Selepas satu tempoh masa mengasah yang panjang, dia menyertai krew siri TV, Never Dies Content, pada tahun 1999. Lu menjadi salah seorang pelakon top di China.
Karier
1999-2005
Untuk selama beberapa tahun mendatang selepas debutnya pada tahun 1999 dalam Never Dies Content, para audien mula mengenalinya. Tempoh masa ini merupakan tahun-tahun paling aktif dalam kehidupan karier Lu. Lu telah mengambil bahagian dalam 14 siri TV dan filem, dan semua siri TV dan filem itu menarik perhatian ramai orang di China. Dia bukan sahaja menerbitkan dua buah buku,[3][4] tetapi juga melancarkan dua buah album[5][6] dalam tempoh masa ini. Pada tahun 2004 dan 2005, Lu memenangi tempat ke-13 dan ke-11 dalam Senarai Selebriti China Forbes.[7] Movienya, Seven Swords menjadi movie pembukaan di Festival Filem Venice pada tahun 2005. Pada tahun yang sama, Seven Swords mendapat tujuh pencalonan di Kuda Emas, dan dua pencalonan di Anugerah Filem Hong Kong.
2006
Pada tahun 2006, dia mengahwini aktres Bao Lei.[8] Mereka adalah rakan sekelas ketika belajar di Shanghai Theatre Academy, dan saling mengenali lebih daripada 10 tahun.[9] Lu mengambil cuti selepas perkahwinannya.
2007-kini
Lu kembali dari percutiannya pada tahun 2007, dan dia memegang watak dalam filem-filem seperti Anna&Anna, Fit Lover, Tangshan Dadizhen[10] dan sebagainya. Pada tahun 2010, movienya, The Stool Pigeon mendapat empat pencalonan di Anugerah Filem Hong Kong. Pada tahun berikutnya, satu lagi movienya, Three Kingdoms,[11] memenangi dua anugerah di Korea dan Jepun. Lu sentiasa aktif di layar perak filem dan siri TV sehingga kini.
Filmografi
Filem
|
TV
|
Rujukan
- ^ Boy, &Girl. "Boy&Girl". Chinesemov.com.
- ^ Chinese, website. "Bo Lei". baidu.com.
- ^ BOOK, Chinese. "The imagination of silence". Chinawriter. Dicapai pada 5 July 2005.
- ^ 七剑随笔. "七剑随笔". Lu Yi. Dicapai pada 25 July 2005.
- ^ 毅犹未尽, Chinese. "毅犹未尽". Baidu. Dicapai pada 7 March 2005.
- ^ http://baike.baidu.com/view/851733.htm, Chinese. "Special". baidu. Dicapai pada 18 June 2003.
- ^ Lu, Yi. "Forbes Chinese Celebrities List". weekcc.com.
- ^ Pictures. "Lu Yi and Bo Lei". CHINA ENTERTAINMENT NEWS. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-04. Dicapai pada October 16, 2012.
- ^ (Cina) Bao Lei Interview: Her and Lu Yi's Love Story Diarkibkan 2014-07-14 di Wayback Machine. Accessed 18 January 2010.
- ^ Tangshan, Dadizhen. "Tangshan Dadizheng". imdb.com. Dicapai pada 22 July 2010.
- ^ Movie. "Three Kingdoms". imdb.com.