Lotus Evora | |
---|---|
Maklumat | |
Pengilang | Lotus Cars |
Reka letak | RMR |
Enjin | 3.5 L Toyota 2GR-FE V6 (280 bhp)[1][2] |
Penghantaran | Manual 6 kelajuan[1] |
Jarak roda | 2575 mm[1] |
Berat Kerb | 1350 kg[3] |
Pereka bentuk | Russell Carr[1] |
Lotus Evora adalah kereta keluaran syarikat kereta British, Lotus.[1] Kereta tersebut telah dilancarkan pada 22 Julai 2008 di Pertunjukan Kereta Antarabangsa British. Sebelum ini kereta tersebut dikenali sebagai Project Eagle sebelum nama Evora diumumkan.[4]
Sepintas lalu
Lotus Evora adalah produk pertama di dalam rancangan lima tahun Lotus untuk mengembangkan barisan model keretanya bermula tahun 2006.[5] Model Evora ini lebih besar serta lebih berat daripada Elise dan model-model (Exige, Europa S, dll.), dengan berat 1350 kg[1]. Setakat ini ia merupakan satu-satunya model Lotus dengan konfigurasi 2+2, walaupun ia juga akan turut diperkenalkan dalam konfigurasi 2 tempat duduk pada masa akan datang, dipanggil Plus Zero.[1] Bahagian dalaman direka lebih besar bagi membolehkan pemandu yang lebih tinggi dimuatkan ke dalam, seperti CEO Lotus Mike Kimberley[1] dan 99% lelaki Amerika.[6]
Bahagian but yang disejukkan[7] di belakang enjin adalah cukup besar untuk memuatkan satu set kayu golf, walaupun Russell Carr menafikan rekaan sebegini adalah disengajakan [1]. Lotus membina Evora dengan tujuan untuk bersaing dengan Porsche Cayman.[5]
Nama
Nama "Evora" mengekalkan tradisi Lotus yang menggunakan nama-nama model bermula dengan huruf "E", serta dinamakan sempena bandar raya Évora di Alentejo, Portugal. Nama-nama lain yang dipertimbangkan ialah Eagle, Exira dan Ethos. Nama Exira ditolak kerana ia tidak cukup bagus manakala dua lagi nama kerana kesukaran yang bakal dihadapi Lotus untuk menuntutnya sebagai cap dagangan.[2]
Pengeluaran
Pengeluaran dijangka bermula pada musim panas tahun 2009.[8] Sasaran jualan ialah 2000 buah kereta setahun, dengan harga di antara £45,000 hingga lebih £50,000.[1]
Prestasi
- Pecutan: 0-100 km/j dalam masa kurang 5 saat.[1]
- Kelajuan maksimum: 249 km/j – 274 km/j.[1][2]
- Pelepasan gas CO2: 225 g/km.[1]
- Pemalar daya heretan: 0.337.[1]
Rujukan
- ^ a b c d e f g h i j k l m n "Lotus Evora". EVO. Dennis Publishing. 2008-07-22. Dicapai pada 2008-07-22. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ a b c "London show: Lotus Evora". Autocar. Haymarket Media. 2008-07-22. Dicapai pada 2008-07-22. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ "Evora" (PDF). Lotus. Dicapai pada 2008-07-22.
- ^ "2009 Lotus Evora revealed: Project Eagle arrives". Leftlane News. 2008-07-22. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-05. Dicapai pada 2008-07-22.
- ^ a b "London show: Lotus Evora". Dicapai pada 2008-07-24.
- ^ "Lotus Evora In Details At BIMS". AutoSpies.com. 2007-07-24. Dicapai pada 2008-07-24.
- ^ "Lotus Evora press releases quoted by jalopnik". Dicapai pada 2008-07-24.
- ^ Laman web rasmi Lotus Evora
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Lotus Evora |
Tempoh masa pengeluaran kereta Lotus, 1950–kini
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kereta jalan | 1950s | 1960s | 1970s | 1980s | 1990s | 2000s | 2010s | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 0 | 1 | 2 | |
Kereta sport | Mark VIII | Mark IX | Eleven | 15 | 17 | 19 | 23 | 30 | 40 | 47 | 62 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Mark VI | Seven | 340R | 2-Eleven | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Roadster | Elan | Elan M100 | Elise | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Coupé | Elite | Elan | Exige | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Eclat | Excel | Evora | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sedan | Elan +2 | Elite | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Grand tourer | Europa | Esprit | Europa S | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kereta perlumbaan | Mark I · Mark II · Mark III · Mark IV · Mark V · 12 · 16 · 17 · 18 · 20 · 21 · 22 · 24 · 25 · 27 · 29 · 31 · 32 · 33 · 34 · 38 · 39 · 41 · 42 · 43 · 44 · 48 · 49 · 56 · 59 · 61 · 63 · 64 · 69 · 70 · 72 · 73 · 74 · 76 · 77 · 78 · 79 · 80 · 81 · 86 · 87 · 88 · 91 · 92 · 93T · 94T · 95T · 96T · 97T · 98T · 99T · 100T · 101 · 102 · 107 · 109 · 112 · 114 · 115 · 119 · T125 · T127 · T128 · E20 · E21 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kereta yang berkaitan | Caterham Seven · Ford Lotus Cortina · Talbot Sunbeam Lotus · DeLorean DMC-12 · Isuzu Piazza · Chevrolet Corvette ZR-1 · Vauxhall Lotus Carlton · Kia Elan · Vauxhall VX220 · Tesla Roadster · Proton EMAS | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kereta konsep | M90 · APX · Ethos | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Orang penting | Colin Chapman · Tony Rudd · Romano Artioli · Dany Bahar | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Group Lotus | Laman sesawang rasmi · Lotus Cars · Lotus Engineering · Team Lotus · Lotus F1 |