
Di Timur Dekat Kuno, loh tanah liat atau tablet lempung (Akkadia: ṭuppu(m) 𒁾)[1] digunakan sebagai medium penulisan, terutamanya untuk tulisan pepaku, sepanjang Zaman Gangsa hingga ke Zaman Besi.
Aksara tulisan pepaku ditekankan pada loh tanah liat basah menggunakan stilus yang sering dibuat daripada buluh (kalam). Setelah ditulis, banyak loh dikeringkan di bawah matahari atau udara, menjadikannya rapuh. Loh tanah liat yang belum dibakar boleh direndam dalam air dan dikitar semula menjadi loh baru. Loh lain, sekali ditulis akan sengaja dibakar dalam relau panas atau tidak sengaja jika bangunan dijilat api dalam kebakaran atau konflik, menjadikannya keras dan tahan lama. Koleksi papan tanah liat begini membentuk arkib pertama dan asas kepada perpustakaan terawal. Puluhan ribu loh bertulis, termasuk banyak serpihan, telah ditemui di Timur Tengah.[2][3]
Dokumen-dokumen loh yang masih wujud dari tamadun Minoa/Mycenae kebanyakannya digunakan untuk perakaunan. Loh berlabel dengan kesan bakul anyaman di belakang dan loh ringkasan tahunan menunjukkan sistem perakaunan yang maju. Di rantau budaya ini, loh tidak pernah sengaja dibakar kerana tanah liat dikitar semula setiap tahun. Namun, sesetengah loh "dibakar" akibat kebakaran tidak terkawal di bangunan tempat ia disimpan. Selebihnya kekal sebagai loh tanah liat tidak dibakar dan sangat rapuh. Beberapa institusi sedang mengkaji kemungkinan membakarnya sekarang untuk pemeliharaan.[4]
Jurutulis (dub-sar)
Penulisan bermula sebagai tanda pengiraan ringkas di Mesopotamia, kadangkala bersama simbol imej ringkas yang ada makna dan bukan rawak, ditekan ke dalam kepingan tanah liat atau dipotong pada kayu, batu atau tembikar. Ini membolehkan perbuatan merekodkan urus niaga dengan tepat. Konvensi ini bermula dengan manusia mengembangkan pertanian dan menetap dalam masyarakat kekal yang berpusatkan pasar perdagangan yang semakin besar dan teratur.[5] Pasar-pasar ini digunakan untuk perdagangan kambing, bijirin dan roti, dengan urus niaga direkodkan menggunakan token tanah liat. Token kecil ini digunakan dari zaman prasejarah Mesopotamia (9000 SM) hingga permulaan zaman sejarah sekitar 3000 SM, apabila penulisan untuk rekod sudah digunakan secara meluas.[5]
Loh tanah liat digunakan oleh jurutulis untuk merekod peristiwa semasa zaman mereka. Alatan yang digunakan ialah stilus dengan hujung segi tiga tajam, memudahkan penandaan pada tanah liat.[6] Loh tanah liat sendiri mempunyai pelbagai warna seperti putih tulang, coklat, dan arang.[7] Piktograf mula muncul pada loh sekitar 4000 SM, dan selepas perkembangan tulisan tulisan pepaku Sumeria, sistem tulisan separa suku kata lebih maju muncul sekitar 2500 SM yang mampu merekodkan pertuturan harian rakyat biasa.[7]
Orang Sumeria menggunakan piktogram.[5] Piktogram ialah simbol yang mewakili konsep bergambar (logogram). Tulisan awal juga wujud di Mesir Purba menggunakan hieroglif. Hieroglif awal dan beberapa aksara Cina moden adalah contoh piktograf lain. Orang Sumeria kemudian beralih kepada tulisan pepaku, ditakrifkan sebagai "tulisan baji" dalam Latin, yang menambahkan simbol-simbol fonetik (silabogram).[6]
Kegunaan loh tanah liat

Teks pada loh tanah liat merangkumi mitos, fabel, karangan, gita puja, peribahasa, puisi epik, rekod perniagaan, undang-undang, tumbuhan dan haiwan.[7] Loh-loh ini membolehkan individu merekodkan perkara penting. Contohnya, Epik Gilgamesh menceritakan banjir besar yang memusnahkan Sumer. Resipi dan ubat-ubatan yang sebelum ini tidak diketahui menjadi mungkin berkat loh tanah liat. Antara resipi ialah rendidih yang dibuat dengan kambing, bawang putih, bawang, dan susu masam.
Menjelang akhir alaf ke-3 SM (2200–2000 SM), "cerita pendek" pertama muncul, dengan jurutlis bebas memasuki kancah falsafah melalui cerita seperti "Perdebatan antara Burung dan Ikan" dan topik-topik lain.
Komunikasi
Komunikasi menjadi lebih pantas dengan adanya kaedah menghantar mesej seperti surat. Loh penting dan peribadi dilapisi dengan lapisan tanah liat tambahan untuk mengelakkan dibaca oleh orang lain. Kaedah ini digunakan selama lebih[7] daripada 3000 tahun dalam 15 bahasa berbeza. Orang Sumeria, Babylon, dan Ebla semuanya memiliki perpustakaan loh tanah liat sendiri.
Tulisan purba
Loh Tărtăria dari tamadun Danube mungkin lebih tua, dianggarkan sebelum 4000 SM melalui kaedah tidak langsung (tulang berdekatan loh dikaji usianya dengan pentarikhan karbon), dan mungkin berasal dari 5500 SM. Namun, tafsirannya masih berkontroversi kerana loh-loh itu dibakar dalam relau, mengubah sifat karbonnya.[9]
Sejarah mengikut wilayah
Babylon
Serpihan-serpihan loh mengandungi Epik Gilgamesh bertarikh 1800–1600 SM telah ditemui. Versi penuh ditemui pada loh dari alaf pertama SM.[10]
Loh mengenai rekod astronomi Babylon (seperti Enuma Anu Enlil dan MUL.APIN) ditarikhkan berasal dari sekitar 1800 SM. Loh-loh membincangkan catatan astronomi berterusan hingga sekitar 75 TM.[11]
Loh Babylon lewat di Muzium British merujuk kepada pemunculan Komet Halley pada 164 SM dan 87 SM.[12]
Lihat Juga
Rujukan
- ^ Black, Jeremy Allen; George, Andrew R.; Postgate, Nicholas (2000). A concise dictionary of Akkadian (ed. 2nd). Harrassowitz Verlag. m/s. 415. ISBN 978-3-447-04264-2. LCCN 00336381. OCLC 44447973.
- ^ Guisepi, Robert Anthony; F. Roy Willis (2003). "Ancient Sumeria". International World History Project. Robert A. Guisepi. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 December 2017. Dicapai pada 5 November 2010.CS1 maint: unfit URL (link)
- ^ Inisiatif Perpustakaan Digital Tulisan pepaku menganggarkan sekitar 500,000 loh (atau serpihan) telah ditemui.
- ^ Thickett, David; Odlyha, Marianne; Ling, Denise (2002). "An Improved Firing Treatment for Cuneiform Tablets". Studies in Conservation. 47 (1): 1–11. doi:10.2307/1506830. JSTOR 1506830.
- ^ a b c "Early Writing". Harry Ransom Center – Universiti Texas di Austin. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Januari 2018. Dicapai pada 9 Oktober 2015.
- ^ a b "Cuneiform – World History Encyclopedia". World History Encyclopedia. Dicapai pada 2014-06-16.
- ^ a b c d Cuneiform – Tablet Sumeria dan tulisan tertua dunia. factanddetails.com.
- ^ Roberta Binkley (2004). "Reading the Ancient Figure of Enheduanna". Rhetoric before and beyond the Greeks. SUNY Press. m/s. 47. ISBN 9780791460993.
- ^ Ioana Crişan; Marco Merlini. "Signs on Tartaria Tablets found in the Romanian folkloric art". Prehistory Knowledge. The Global Prehistory Consortium, Euro Innovanet. Dicapai pada 5 November 2010.
- ^ Kovacs, transl., with an introd. by Maureen Gallery (2004). The epic of Gilgamesh (ed. Nachdr.). Stanford, Calif.: Stanford Univ. Press. m/s. xxi–xxii. ISBN 978-0804717113.
- ^ Thurston, Hugh (1996). Early astronomy (ed. Springer study). New York: Springer. m/s. 64–81. ISBN 978-0387948225.
- ^ Stephenson, F. R.; Yau, K. K. C.; Hunger, H. (April 1985). "Records of Halley's comet on Babylonian tablets". Nature (dalam bahasa Inggeris). 314 (6012): 587–592. Bibcode:1985Natur.314..587S. doi:10.1038/314587a0. ISSN 0028-0836. S2CID 33251962.