Dalam bidang mekanik cakerawala, liukan apsis (atau pemajuan apsis) [1] ialah liukan (putaran beransur-ansur) garisan yang menghubungkan apsis (garisan apsis) orbit suatu jasad astronomi. Apsis ialah titik-titik orbit yang paling jauh (apoapsis) dan paling dekat (periapsis) dari badan utamanya. Liukan apsis ialah terbitan masa darjah pertama bagi suatu argumen periapsis, yakni salah satu daripada enam unsur orbit utama bagi sesuatu orbit. Liukan apsis dianggap positif apabila paksi orbit berputar dalam arah yang sama dengan gerakan orbit. Tempoh apsis ialah selang masa yang diperlukan untuk orbit meliuk sehingga 360°,[2] yang mengambil masa orbit Bumi kira-kira 112,000 tahun, melengkapkan kitaran dan kembali ke orientasi yang sama.[3]
Nota
- ^ Bowler, M. G. (2010). "Apsidal advance in SS 433?". Astronomy and Astrophysics. 510 (1): A28. arXiv:0910.3536. Bibcode:2010A&A...510A..28B. doi:10.1051/0004-6361/200913471.
- ^ Hilditch, R. W. (2001). An Introduction to Close Binary Stars. Cambridge astrophysics series. Cambridge University Press. m/s. 132. ISBN 9780521798006.
- ^ Buis, Alan; Laboratory, s Jet Propulsion (2020-02-27). "Milankovitch (Orbital) Cycles and Their Role in Earth's Climate – Climate Change: Vital Signs of the Planet". Climate Change: Vital Signs of the Planet. Dicapai pada 2023-06-02.