PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor atau pakar perubatan bertauliah mengenai kesihatan anda. Maklumat perubatan dan penjagaan kesihatan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor/pakar perubatan bertauliah. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah kesihatan dan perubatan yang dialami. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan langsung dengan keadaan kesihatan anda. Sekiranya anda menyedari tanda/gejala penyakit atau jatuh sakit, sila hubungi doktor/pakar perubatan bertauliah untuk rawatan segera. |
Limfoma bukan Hodgkin | |
---|---|
Pengelasan dan sumber luaran | |
ICD-10 | C82-C85 |
ICD-9 | 200, 202 |
ICD-O: | 9591/3 |
OMIM | 605027 |
P. Data Penyakit | 9065 |
MedlinePlus | 000581 |
eMedicine | med/1363 ped/1343 |
MeSH | D008228 |
Penafian perubatan |
Limfoma bukan Hodgkin (Non-Hodgkin lymphomas, NHL) adalah pelbagai kumpulan barah darah ("kemaglinanan hematologi") yang membabitkan sebarang jenis limfoma kecuali limfoma Hodgkin.[1] Jenis NHL banyak berbeza dari segi tahap, dari pendam indolen kepada amat agresif.
Limfoma merupakan sejenis barah yang terhasil dari limfosit, sejenis sel darah putih. Limfoma biasanya dirawat dengan gabungan kemoterapi, antibodi monoklon, imunoterapi, terapi sinaran, dan pemindahan sel tunjang hematopoietik.
Limfoma bukan Hodgkin dikelaskan menurut Pengungkapan Kerja 1982 yang mengakui 16 jenis. Pengungkapan Kerjakini dianggap lapuk, dan pengelasan biasanya digunakan bagi perbandingan statistik dengan dekat terdahulu. Pengungkapan Kerja telah diganti dua kali.
Pengelasan limfoma terkini, pengelasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 2008, kebanyakannya meninggalkan pengelasan "Hodgkin" lawan "Bukan-Hodgkin". Sebaliknya ia menyenaraikan lebih 80 bentuk limfoma berlainan dalam empat kumpulan besar.[2]
Sejarah
Limfoma Hodgkin (H, penyakit Hodgkin), digambarkan oleh Thomas Hodgkin pada 1832, merupakan bentuk pertama limfoma yang digambarkan dan ditakrif. Bentuk lain kemudiannya digambarkan dan terdapat keperluan bagi mengelaskan mereka. Oleh kerana Limfoma Hodgkin lebih sensitif kewpada sinaran berbanding bentuk lain, diagnosisnya adalah penting bagi pakar onkologi dan pesakit mereka. Dengan itu, penyelidikan pada asalnya menumpu padanya. Pengelasan pertama pakar limfoma Hodgkin dicadangkan oleh Robert J. Luke pada tahun 1963.
Ketika persetujuan semakin cepat dicapai bagi pengelasan Limfoma Hodgkin, terdapat sekumpulan besar penyakit amat berbeza yang memerlukan pengelasan selanjutnya. Pengelasan Rappaport, dicadangkan oleh Henry Rappaport pada tahun 1956 dan 1966, menjadi pengelasan limfoma diterima ramai selain Hodgkin. Mengekori penerbitannya pada tahun 1982, Pengungkapan Kerja menjadi pengelasan piwai bagi kumpulan penyakit ini. Ia memperkenalkan istilah Lymphoma bukan Hodgkin ("non-Hodgkin lymphoma-NHL") dan mentakrifkan tiga gred limfoma.
Bagaimanapun, NHL terdiri daripada 16 keadaan berbeza yang memiliki sedikit persamaan antara mereka. Mereka dikelaskan menurut keagresifannya. Limfoma bukan Hodgkin yang kurang agresif adalah serasi dengan kelangsungan hidup yang panjang manakala limfoma yang lebih agresif pula boleh membawa maut secara pantas tanpa rawatan.
Lihat juga
- Limfoma, bagi maklumat mengenai kesemua bentuk NHL termasuk lymphoma Hodgkin.
- Kemoterapi, bagi maklumat mengenai rawatan piwaian bagi semua bentuk Lymphoma bukan Hodgkin.
- CHOP-R bagi bentuk rejim kimoterapi bagi lymphoma.
Rujukan
- ^ non-Hodgkin lymphomas di Kamus Perubatan Dorland
- ^ ed. by Steven H Swerdlow; dll. (2008). WHO Classification of Tumours of Haematopoietic and Lymphoid Tissues. Oxford Univ Pr. ISBN 978-92-8322431-0. Explicit use of et al. in:
|author=
(bantuan)CS1 maint: extra text: authors list (link)
Pautan luar
- Limfoma bukan Hodgkin Diarkibkan 2010-06-27 di Wayback Machine di Pertubuhan Barah Amerika
- Limfoma bukan Hodgkin daripada Cancer.net (Persatuan Onkologi Perubatan Amerika)
- Maklumat pesakit mengenai limfoma bukan Hodgkin Diarkibkan 2011-10-05 di Wayback Machine
- Imbasan MR limfoma otak primer Diarkibkan 2011-09-22 di Wayback Machine
- Persatuan Limfoma United Kingdom