Dato’ Lim Chee Wee ialah Pengerusi Majlis Peguam Malaysia dari 2011 hingga 2013. Seramai 14,000 peguam di seluruh Malaysia menjadi ahli persatuan itu.
Mengutuk kekerasan polis semasa Perhimpunan Bersih 2012
Dato’ Lim Chee Wee membawa usul mengecam tindakan PDRM semasa Perhimpunan Bersih 2012 pada 28 April 2012. Usul itu dibawa semasa Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Peguam Malaysia bagi membincangkan kekalutan polis . Seramai 78 wakil Majlis Peguam terlibat dalam memantau perjalanan Perhimpunan Bersih itu. Seramai 1270 dari 14,000 peguam telah hadir . Hanya 16 peguam yang berani menolak usul Dato’ Lim Chee Wee. Polis FRU dan lain-lain unit telah mengepung peserta dari segenap sudut termasuk di kawasan Masjid Jamek, dalam restoran , tepian Menara Kembar Petronas dsb. Polis telah melepaskan tembakan gas pemedih mata tanpa memberi masa secukupnya untuk bersurai. Datuk seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dituntut memohon maaf .[1]