Musim | 2020 |
---|---|
Jumlah perlawanan | 10 |
Jumlah gol | 22 (2.2 per perlawanan) |
Kemenangan terbesar tuan rumah | Harini KS 8 − 0 Thai Selangor |
Kemenangan terbesar pelawat | Ultimate 0 − 4 PROTAP |
← 2019 2021 →
Semua statistik tepat pada 29 Januari 2020. |
Liga M3 Malaysia 2020 adalah edisi kedua Liga M3 Malaysia. Pertandingan ini merupakan liga divisyen 3 dalam sistem bola sepak Malaysia menggantikan Liga FAM Malaysia.
Liga akan bermula pada 7 Mac 2020 dan berakhir pada 17 November 2020.
Perubahan format
Musim ini menyaksikan penstrukturan semula format oleh AFL. Pada 19 Januari 2020, AFL telah mengumumkan perubahan format bagi Liga M3 dan M4 sebagai persediaan peralihan pasukan amatur ke semi-profesional pada tahun 2021[1].
Liga akan dibuka kepada 20 pasukan yang akan diasingkan kepada 2 kumpulan, pertambahan 6 pasukan berbanding 14 pasukan pada edisi lepas. 12 pasukan terbaik dengan rekod kewangan yang baik akan kekal di Liga M3 2021 manakala 8 pasukan selebihnya akan turun ke Liga M4 yang akan dibentuk bersama 4 pasukan terbaik Liga M4 2020. Liga-liga negeri dan swasta yang diiktiraf AFL, yang pada asalnya sebahagian daripada Liga M4 2020 akan menjadi sebahagian daripada Liga M5 pada tahun 2021.
Pasukan-pasukan
20 pasukan telah mengesahkan penyertaan mereka pada edisi kali ini:
Pasukan sedia ada
- Armed Forces
- Ultimate
- Protap
Pasukan dijenamakan semula
- Harini (Dikenali sebagai Batu Dua pada musim lepas)
- Kuala Lumpur Rovers (Dikenali sebagai BTK pada musim lepas)
- Melawati (Dikenali sebagai DDM pada musim lepas)
- Langkawi City (Dikenali sebagai Glory United pada musim lepas)
Perubahan pada musim lepas
Penjara dan Tun Razak telah tersingkir daripada Liga M3 Malaysia 2019 selepas menduduki dua tangga terbawah dalam liga . Manakala Kelantan United dan Kuching telah dinaikkan ke Liga Premier Malaysia 2020 .
Ke Liga M3
Naik dari Liga M4 2019
Turun dari Liga Premier Malaysia 2019
Pasukan-pasukan baharu
Dari Liga M3
Naik ke Liga Premier 2020
Turun ke Liga M4 2020
Pasukan tarik diri
Pasukan dibatalkan penyertaan
- Johor Bahru [2]
Lokasi
Pegawai, kit dan penajaan
Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan yang ditakrifkan di bawah peraturan syarat kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.
Pasukan | Ketua jurulatih | Kapten | Pembuat Kit | Penaja utama |
---|---|---|---|---|
Sarawak | ||||
Harini | Momolovic Dusan | Azidan Sarudin | Harini Sports | Harini Sdn. Bhd. |
PROTAP | Faizal Sood | Kaki Jersi | ||
Armed Forces | Kevin Lee Cooper | Admiral | Transwater | |
Manjung City | Rafae Isa | Muhammad Nazri Mohd Kamal | ||
Melawati | Mohd Zan Mat Aris | Fahrul Razi Kamaruddin | Warrix | Terang Bulan Landscape, Achik Sdn. Bhd., AZ Liner |
Langkawi City | Nelson San Martín | Kaki Jersi | Berkat Hasrat Petroleum Sdn. Bhd. | |
Melaka United | Azizan Baba | |||
KT Rovers | Azahari Salim | Nor Fazly Alias | Elklasiko | SABASUN HYPErRUNCIT, UNICETE |
IKRAM Muda | Hamdan Ibrahim | Syed Adney Syed Hussein | Kaki Jersi | |
KSR SAINS | Syed Mazlan Syed Zubir | Yosri Derma Raju | Admiral | Syarikat Air Negeri Sembilan |
Klasiko | ||||
Ultimate | Azman Adnan | |||
Kuala Lumpur Rovers | ||||
NLFC-MAHSA | Carino | Universiti MAHSA | ||
Perlis United | Kaironnisam Sahabudin | |||
PIB | ||||
Semarak | ||||
Thai Selangor | ||||
Imigresen | Johar Julasbi |
Pertukaran Jurulatih
Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan yang ditakrifkan di bawah peraturan syarat kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.
Pemain Import
Pemain import dihadkan kepada 4 orang sahaja setiap pasukan dengan 2 orang import mestilah dibawah 20 tahun.
Pemain dalam huruf tebal menunjukkan pemain itu didaftarkan pada jendela perpindahan pertengahan musim.
Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan yang ditakrifkan di bawah peraturan syarat kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.
Pasukan | Pemain Import 1 | Pemain Import 2 | Pemain Import B20 1 | Pemain Import B20 2 | Bekas Pemain 1 |
---|---|---|---|---|---|
Armed Forces | |||||
KT Rovers | Baptiste Faye | ||||
Harini | Metha Viblo Apingi | Chukwu Nnabuike | |||
Melawati | Ryohei Miyazaki | Jacque Faye | |||
Langkawi City | Michael Ijezie Chukwubunna | Umar Etudayeabdulmajid | Ryu Akira Takayama Nascimento | ||
IKRAM Muda | |||||
[[Sarawak | |||||
Klasiko | |||||
Protap | |||||
Manjung City | |||||
Melaka United | |||||
KSR SAINS | |||||
Ultimate | |||||
NLFC-MAHSA | Abdulbasit Salaeh | Faiso Che-moh | |||
Perlis United | |||||
PIB | |||||
Semarak | |||||
Thai Selangor | |||||
Kuala Lumpur Rovers | Ezequiel Agüero [3] | Davy Claude Angan [4] | |||
Imigresen |
Keputusan
Kumpulan A
Pos | Pasukan | P | M | S | K | JG | GB | PG | Mt | Kelayakan atau diturunkan |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | KL Rovers | 2 | 2 | 0 | 0 | 5 | 1 | +4 | 6 | Peringkat kalah-mati |
2 | Armed Forces | 2 | 1 | 1 | 0 | 4 | 0 | +4 | 4 | |
3 | Langkawi City | 2 | 1 | 1 | 0 | 4 | 2 | +2 | 4 | |
4 | Harini KS | 2 | 1 | 0 | 1 | 9 | 3 | +6 | 3 | |
5 | Manjung City | 2 | 1 | 0 | 1 | 2 | 3 | −1 | 3 | |
6 | Perlis United | 2 | 1 | 0 | 1 | 2 | 5 | −3 | 3 | |
7 | Thai Selangor | 2 | 1 | 0 | 1 | 3 | 9 | −6 | 3 | Disingkirkan ke Liga M4 |
8 | NLFC-MAHSA | 2 | 0 | 1 | 1 | 3 | 4 | −1 | 1 | |
9 | IKRAM Muda | 2 | 0 | 1 | 1 | 1 | 3 | −2 | 1 | |
10 | Klasiko | 2 | 0 | 0 | 2 | 1 | 4 | −3 | 0 |
Peraturan untuk klasifikasi: 1) Mata; 2) Perbezaan gol; 3) Bilangan gol dijaringkan.
Kumpulan B
Pos | Pasukan | P | M | S | K | JG | GB | PG | Mt | Kelayakan atau diturunkan |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | KT Rovers | 2 | 2 | 0 | 0 | 2 | 0 | +2 | 6 | Peringkat kalah-mati |
2 | PROTAP | 2 | 1 | 0 | 1 | 6 | 4 | +2 | 3 | |
3 | Imigresen | 2 | 1 | 0 | 1 | 4 | 2 | +2 | 3 | |
4 | KSR SAINS | 2 | 1 | 0 | 1 | 3 | 2 | +1 | 3 | |
5 | Melaka United | 2 | 1 | 0 | 1 | 2 | 3 | −1 | 3 | |
6 | Semarak | 2 | 1 | 0 | 1 | 2 | 3 | −1 | 3 | |
7 | Ultimate | 2 | 1 | 0 | 1 | 3 | 5 | −2 | 3 | Disingkirkan ke Liga M4 |
8 | PIB | 2 | 0 | 2 | 0 | 2 | 2 | 0 | 2 | |
9 | Sarawak | 2 | 0 | 1 | 1 | 2 | 3 | −1 | 1 | |
10 | Melawati | 2 | 0 | 1 | 1 | 0 | 1 | −1 | 1 |
Peraturan untuk klasifikasi: 1) Mata; 2) Perbezaan gol; 3) Bilangan gol dijaringkan.
Pendaftaran
Meskipun Sarawak FA dijadualkan beraksi di Liga M3 buat pertama kali dalam sejarah mereka, namun pasukan bumi kenyalang itu tidak mendaftarkan pasukan untuk musim 2020.
Dato Posa Majais, selaku Presiden Sarawak FA telah membeli lesen Selangor United (dahulunya Persatuan Bolasepak Melayu Selangor) yang pada waktu itu masih di Liga Perdana. Maka dengan itu Dato Posa Majais secara langsung telah menjadi pemilik baharu pasukan itu dan menukar identiti mereka kepada Sarawak United.
Disebabkan itu Sarawak FA telah lenyap dari peta bolasepak Malaysia kerana Sarawak United adalah pasukan berbeza dan segala pencapaian Sarawak FA tidak boleh diwariskan kepada Sarawak United.
Sarawak menuruti jejak langkah Perlis FA, satu lagi pasukan gergasi yang terlebih dahulu lenyap dari peta bolasepak Malaysia. Diikuti Kelantan Red Warrior pada 2024 apabila mereka tidak melengkapkan pendaftaran.
Statistik Musim
Penjaring terbanyak
Lihat juga
- Piala Sumbangsih 2020
- Liga Super Malaysia 2020
- Liga Premier Malaysia 2020
- Liga M4 Malaysia 2020
- Piala Malaysia 2020
- Piala FA Malaysia 2020
Rujukan
- ^ "Liga M3 dirombak, 20 pasukan bertanding". bharian.my. 19 Januari 2020. Dicapai pada 29 Januari 2020.
- ^ "Pengumuman Rasmi". 7 Februari 2020. Dicapai pada 7 Februari 2020.
- ^ "Dua bekas pemain Melaka United perkuat Kuala Lumpur Rovers". Fox Sports.
- ^ "Dua bekas pemain Melaka United perkuat Kuala Lumpur Rovers". Fox Sports.