Liga T1 (Bahasa Thai: ไทยลีก 1 disebut sebagai ไท-หลีก-หนึ่ง ) sering dirujuk sebagai Liga Thai 1, ialah peringkat liga teratas dalam sistem liga bola sepak Thailand. Liga bola sepak ini mempunyai 16 kelab dalam 1 musim perlawanan, ia beroperasi pada sistem kelayakan dan penyingkiran (promosyen dan relegasyen) dengan peringkat dibawahnya Liga T2. Musim berlangsung dari Ogos hingga Mei, dengan setiap kelab bermain sebanyak 30 perlawanan (bermain kesemua 15 pasukan lain di tempat sendiri dan di tempat lawan). Liga ini ditaja oleh Toyota Motor Thailand dan oleh sebab itu secara rasmi disebut sebagai Hilux Revo Thai League. Dalam Liga T1, kebanyakan perlawanan dimainkan pada hari Sabtu dan Ahad, dengan beberapa perlawanan dimainkan pada hari Rabu dan Jumaat.[1] [2]
(Dilencongkan daripada Liga 1 Thai)