Leina Hangat | |
---|---|
Kelahiran | Nor Azlina binti Abdul Rahman 26 November 1972 |
Nama lain | Leina |
Pekerjaan | Penyanyi, Pelakon & Penghibur |
Tahun aktif | 1993–kini |
Pasangan | Muhammad Jamal Delaloy Abdullah (2002 - 2008) Mohd Zaipul Bahri Ghazali (2009 - kini) |
Anak-anak | 2 |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop, Reggae & Dangdut |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | Sony Music (1993 – 1996) |
Nor Azlina binti Abdul Rahman (lahir 26 November 1972) atau lebih terkenal dengan nama pentas sebagai Leina Hangat merupakan seorang penyanyi, pelakon dan penghibur yang cukup sensasi di Malaysia. Selain itu, bintang serbaboleh ini juga dikenali sebagai Leina Hangat dek kerana popular menerusi album sulungnya berjudul Hangat pada tahun 1993.[1]Disamping itu, Leina juga turut mendapat gelaran Ratu Reggae Malaysia disebabkan beliau merupakan penyanyi wanita pertama yang mempertaruhkan genre muzik Reggae dalam industri seni hiburan tanahair.
Diskografi
Album Studio:
- Hangat. (1993)
- Hangat 2. (1995)
- Eh! Dangdut. (1996)
Album Kerjasama:
- A Go Go Ala BB Park . (1998)
Album Kompilasi:
- The Essential Leina Hangat. (2010)
Nota Kaki: Leina juga pernah bekerjasama menghasilkan album lagu-lagu Tamil bersama Kumpulan The Girls.
Filemografi
Filem:
Telefilem
- Numero Uno (1995)
Pencapaian
- 1993 - Top 5 Artis Baru Terbaik (Solo) Anugerah Industri Muzik.