Judul asli, Bahasa Perancis,: Les Iris | |
---|---|
Pelukis | Vincent van Gogh |
Tahun | 1889 |
Jenis | Minyak pada kanvas |
Dimensi | 71 sm × 93 sm (28 in × 36 5⁄8 in) |
Lokasi | Muzium J. Paul Getty, Los Angeles, California |
Les Iris ("Bunga-bunga Iris" - tajuk bahasa Inggeris: Irises ) ialah satu daripada beberapa lukisan dan cetakan pohon Iris oleh pelukis berbangsa Belanda, Vincent van Gogh. Iris dihasilkan semasa Vincent van Gogh tinggal di sebuah hospital sakit otak, Saint Paul-de-Mausole di Saint-Rémy-de-Provence, Perancis, dalam tahun terakhir sebelum kematiannya dalam tahun 1890.
Lukisan ini dihasilkan sebelum serangan penyakit beliau yang pertama di hospital tersebut. Tidak kelihatan ketegangan kuat yang dapat dilihat dalam karya-karyanya terkemudian. Beliau menggelar lukisan ini sebagai "pengalir liat buat penyakitku"[nota 1] oleh sebab belaiau berasa yang beliau dapat mencegah dirinya daripada menjadi tidak siuman dengan terus melukis.
Lukisan ini dipengaruhi cetakan blok kayu ukiyo-e Jepun, sama seperti karya-karya beliau dan juga pelukis-pelukis lain zaman itu. Kesamaan dapat dilihat dengan garis bentuk yang kuat, sudut-sudut luar biasa termasuk pandangan dekat, dan juga warna lokal yang agak kusam (akni, tidak dimodelkan mengikut kesan cahaya).
Van Gogh menganggap lukisan ini sebagai sebuah kajian dan oleh sebab ini berkemungkinan menjelaskan mengapa tiada terdapat lakaran lukisan,[1] walaupaun saudara lelaki van Gogh, Theo, berpendapat lukisan ini lebih daripada itu dan segera memasukkannya dalam pameran tahunan Société des Artistes Indépendants ("harfiah, Pertubuhan Pelukis Bebas") dalam bulan 1889, bersama-sama dengan Starry Night Over the Rhone ("Malam Berbintang di Rhone"). Theo menulis kepada Vincent tentang pameran tersebut: Ia menangkap mata dari jauh. Iris sebuah kajian yang cantik, penuh dengan suasana dan kelihatan hidup."[nota 2]